Posts

Showing posts from 2012

Keje Sampingan

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo kali 1 di PNS. Semuanyer berjalan lancar. Majlis ni berlangsung 7/4/2012 iaitu hari sabtu. Pertama kali sepanjang aku keje di PNS aku hadir bekerja pada hari sabtu... hehehehe.  Next event adalah perasmian laman NFT untuk projek keusahawanan. Kitorng Unit ICT sebagai jawatankuasa Siaraya untuk event tersebut. Tetamu kehormat adalah KSU. siap ada press conference lagi tu. Kelas gitu..... hehehehe... Event dijangka pada 16/4/2012.  Agak-agaknyer lepas ni siapa plak tetamu kehormat nak dtg yer. Slogan yang terpaksa dikeluarkan walau apa keadaan sekali pun iaitu "Saya Menurut Perintah". 

kojo oh kojo

Aku rs skrng ni masa aku ngan family cm dh kurang jer. aku selalu balik lambat. sampai rumah dekat kul 7. kadang-kadang kul 7 lebih.  memang penatlah. tak larat nak buat keje apa2 dh. badan memang penat. Sampai bile lah aku nak jadi cmnie. tak sangguplah keje cmnie... stress n tension.Skrng kalau tido malam pun termimpi2 psl keje. waktu cuti pun sy fikir psl keje. tu pasallah blog ni dh bersawang2. tak sempat nak buat post. FB pun tak sempat nak online. Saya dpt online fb waktu mlm jer. Skrng ni selalu sgt meeting. kadang-kadang ada meeting tergempar. kadang2 meeting tu pagi ptg. Semuanyer kene amik action. penat berfikir. kitorng tak cukup mainpower. kitorng berdua jer. buat jerlah mana yg larat.  Kerja itu memang ibadah. So, aku mengharapkan Allah sentiasa memberkati duit gaji yg aku dpt selama ni. Amin.....

Trip Toman ke Kuala Terengganu.... Hari Terakhir

Hari terakhir di Kuala Terangganu. Shopping memang tak sudah2. Lepas sarapan pagi, kitorng kaum perempuan ditemani acik(tukang bwk kete) g shopping. Destinasi pertama di Batu 6 semula. Atas permintaan Kak Jan. Tapi sebenarnyer semua shopping gak kat Batu 6 tu. Pastu terus ker Pasar Payang. Ramai giler manusia kat situ. Nasiblah dh beli ptg tu barang2 penting  kalau tak muntah dibuatnyer. Masa ni beli skit2 jer. termasuk periuk mak ngan kuali  induk. hehehe. Sebenarnyer ada hati lagi mak nak beli kuali kecik. tp takut bonet kete tak muat.... tu yang tak beli. Beli periuk jer satu. lebih kurang kul 11 lebih baru sampai hotel. Kitorng dh kene checkout dh. Kul 12.30 cmtu kitorng check out.  Kitorng terus ker Seberang Takir beli Keropok lekor. Pastu ker Pasar Payang semula utk beli keropok keping. Dh selesai semua skali terus ker Masjid Terapung. Makan tengahari. Berkelah kat sana. Then solat semua bagai. Teruskan perjalanan balik ker Negeri Sembilan. Kul 5 ptg jugaklah bertolak balik.

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 3

Image
Hari ke-3. Sarapan pagi nasik berlauk, nasi kerabu, nasi minyak. wush. memang kenyang perut makan jer kat sini. tak sempat nak lapar. dh makan semula. Kitorng g shopping kat Batu 6 dulu. G desa murni. Borong tudung. Memang murah2.. n cantik2... puas hati lah pegi sana. Pastu Kitorng plan ke Masjid kristal. Keluarga Induk lum penah g lagi. Kebetullan plak saya nak jumpa member lama kat sana. Nida. Dh lama sgt tak jumpa. lebih kurang 5 tahun tak jumpa. kitorng sampai sana dh tengahari. kebetullan plak ada Sultan datang sana. Ramai org. Saya g jumpa Nida. Mak, induk, wan, mira, dini n Asma' g tgk masjid kristal. Yang lain-lain lepak kat parking kete. duduk-duduk n makan-makan lagi. Kejap jer sy jumpa Nida. Masa tu pun dh ramai org. borak2 lah psl kehidupan memasing. Sempat gak nida bagi ole2. terima kasih yer. Nida, nanti kite jumpa lagi erk. Berkelah di parking Masjid Kristal bersama ketua rombongan Induk pogang nasi utk bagi kat acik... lapar beb acik ckp.... Budak-b

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 2

Image
Hari ke-2 di Kuala Tereangganu. Kitorng sampai kat bandar Terengganu dh tengahari. Kitorng terus menuju ke Pasar Payang. Niat di hati nak naik sampan ke Masjid kristal. Selalu ada bot penambang kat Pasar Payang tu. B.long g tanya lah kaunter bot. Rupenyer kene tunggu beb. Die ada time-time nyer. Adus, bab menunggu ni memang masalah bagi kami coz dgn budak2 lagi. Tak larat nk tunggu. So, kitorng terus reject plan nak ke masjid kristal dengan bot.  Kaum perempuan kalau dh tgk kain2 ni biasalah kan mcm ada tarikan utk tgk lebih dekat. So, kitorng pun jalan-jalan lah kat atas bangunan tu. Bangunan ni sebelum sampai pasar payang. Area Pejabat Pos tu. Wan beli kain batik ngan kak Ani. Mak plak beli kain pasang batik. Cantik. ada yang sy berkenan jugak.. harga Rm250. tp masa tu cm takde mood nak shopping. SO, pilihkan mak jer... Baju tu dalam RM200. memang cantik. Memang lama lah kitorng berkampung kat kedai tu. Kebetullan plak peniaga die peramah. cite punye cite rupenyer sebaya beb. he

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 1

Image
Alhamdulillah dapat jugak kitorng menjayakan trip ke Kuala Terengganu ini setelah ditangguhkan pada hr krismas yg lalu. Syukur. 4 kereta yang terlibat iaitu Naza Forte, Avanza, Wira SE dan Wira Aeroback. Keluarga yang terlibat pula ialah Keluarga Induk, Keluarga B.long, Keluarga B.yo dan Keluarga Che Usop termasuklah mak n wan. Kitorng bertolak pada petang Jumaat (20/1) sebelum solat maghrib. Kitorng berkumpul di Stesen Petronas sebelum Jalan ke Kuala Pilah. Hanya keluarga b.yo jer bertolak dr Bentong. Best jugak berjalan malam. Suasana sejuk jer. Dah lama tak jalan malam-malam cmni. Kitorng berhenti solat di  R n R Muadzam. Kitorng telah menempah rumah Maksu di Kerteh untuk bermalm di sana. Lebih kurang pukul 1 pagi kitorng sampai. Kitorng disambut dengan senyum yg melebar oleh Mak Su sekeluarga. Sampai2 jer sana terus tido. Semua driver dh tak larat. mengantuk terutama che usop n achik. Suasana rumah MakSu memang suasana kampung. Sejuk... memang kene pakai blanket kalau tak mengg

Kerja + Dateline + Penandaaras

Image
Skrng ni amatlah jarang dpt sy berblog. Keje di ofis yang semakin bertambah dan bertimbun menyebabkan balik rumah tak sempat nak bukak lappy. Badan penat. Boleh katakan tiap2 hari ada meeting. Kalau meeting mesti kene ada buat keje yang ber dateline. So, skrng ni kerja kene lebih hard and smart. Pengurusan baru.  Saya syukur hari ni paperwork saya untuk buat penandaaras telah diluluskan. Alhamdulillah.  Sebenarnyer lawatan penandaaras adalah perlu bagi organisasi yang baru ditubuhkan. Byk perkara yang boleh kite pelajari dengan membuat lawatan penandaaras ni. Memang dh lama nak buat lawatan ni tp masa tidak mengizinkan. Skrng ni dh masuk kampus sebenar, jadi skop kerja semakin bertambah. Mcm2 bende nak buat utk tingkatkan mutu & kualiti kerja tp apakan daya saya ada azizie jer utk membantu. Kami sedaya upaya cume memaksimumkan fungsi unit kitorng untuk unit-unit yang lain. Tp biasalah, kitorng tak dpt nak penuhkan hati semua orang. Kitorng buat selagi ada daya upaya kit

penghujung 2011... Suratan takdir.

Pada tanggal 31 dis 2011, kembalinye Mak Ndak(Mak Sedara) kepada Allah. Pemergiannya tidak disangka. Memang hakikat sebenar die dh lama sakit... dekat sebulan. Sakitnyer secara tetiba. Sudah merata pergi berubat. Termasuk ubat hospital dan ubat tradisional tp still tak sembuh-sembuh jugak. Pada 30/12/2011, die telah dimasukkan ke hospital Jelebu kemudian ke Hospital Seremban. Ketika inilah baru doktor bgtau tentang penyakitnyer iaitu Kanser di tahap yang terakhir. Kuman tersebut telah merebak ke hampir keseluruhan dalam badan. YA Allah. Maha SUci Allah. Dia yang lebih mengetahui daripada kite. Pada pukul 3.00 ptg, Mak Ndak telah menghempuskan nafasnye yang terakhir di hadapan semua keluarga. Semuanye redha kerana telah lama die menderita sakitnye. Mak Ndak dikebumikan di Jelebu pada keesokkan harinyer. Kami semua balik ke rumah masing-masing. Pagi lebih kurang kul 7.40 pg kami bertolak ke Jelebu. Sampai lebih kurnag pukul 9.00 pagi. Waktu tu belum ramai org dtg. tak lama lepas tu