Posts

Showing posts from 2015

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :Masjid Nabawi

Terletak di Madinah. Pintu masuk masjid akan dikawal oleh penjaga masjid. Diasingkan di antara perempuan dan lelaki. Setiap kali masuk ke masjid, dinasihatkan utk sediakan karung kasut sendri. Penjaga masjid akan buat spotcheck pd beg. Siap2 bukak zip beg bagi mempercepatkan kerja2 spotcheck tersebut. Biasanya  Penjaga masjid tidak membenarkan bawa alatulis, gunting dan botol2 besar. Masuk jer ke masjid akan dihidangkan dgn tong2 air zam2. Sesiapa sahaja boleh minum. Ada air zam2 sejuk dan ada yg tak sejuk. Pilih sahaja. Di dalam masjid nabawi, ada taman2 syurga yg dipanggil sbg raudhah. Raudhah ini merupakan salah satu tmpt yg makbul doa.  Bagi kaum perempuan, ada dihadkan waktu2 yg blh pergi ke raudhah. Biasanyer selepas solat fardhu. Penjaga masjid akan kelompok2 ikut negara. Biasanyer org asia terdiri drpd malaysia, thailand, indonesia. Selepas itu, tuunggu lah giliran ikut negara. Biasanya org asia akan dpt lambat melainkan kite pandai mencelah. Seeloknyer berpakaian lah sepert

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :11 April 2015

Aktiviti seperti biasa. Berulang alik ke masjidil haram. Hari ini juga merupakan hari terakhir di mekah almukarramah. Sayu rs hati meninggalkan tanah suci ini. ketahuilah sesiapa sahaja yg keluar drpd mekah almukarramah yg perjalanan nyer adalah lebih drpd 90 marhalah diwajibkan tawaf wada'. Kami telah dimaklumkan oleh mutawif pada malam semalam. Antara pantang larang jika telah melakukan tawaf wada' ialah dilarang membeli belah, duduk berehat n tido di bilik dll. Kami lewat skit sarapan pagi ni. Lebih kurng pukul 7.45pg. Selesai sarapan pukul 8 lebih. Hari ni menu lain skit.. ada spegeti. Ada selera skit makan. Kalau tk, tiap2 hari nasi goreng. Selesai sarapan terus naik bilik. Beg yg nak masuk kargo meme sy dh siap2kan sejak smlm. Mutawif maklumkan kene letak di luar bilik dan akan diangkat oleh bell boy hotel. Kami hanya bwk 1 beg hand carry sahaja. Lebih kurng pukul 9.15 pg kami terus ke masjid. Habiskan qatam quran. Alhamdulillah, kami dpt qatam alquran sepanjang berada d

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :10 April 2015

Hari ini merupakan hari jumaat. Umrah kali ini kami beruntung kerana dapat rasa solat jumaat di masjid nabawi dan masjidilharam. Syukur ke hadrat ilahi. Pagi selepas sarapan, kami bersiap2 pegi ke masjid utk masuk hijir ismail. Asalnyer nak berdoa sahaja. Kebetullan plak pekerja masjid tgh bersihkan kwsn hijir ismail terus kitorng bertawaf sunat dahulu. Perkara yg tk dpt saya lupakan semasa tawaf sunat ialah melihat seorng anak lelaki mendukung ibunyer sambil membuat tawaf sunat. Menitik air mata saya melihat keperibadian anak tersebut. Selesai tawaf sunat, terus bergerak utk masuk hijir ismail. Ketahuilah bukan senang nak memasuki hijir ismail. Terpaksa berasak2.. bertolak2... tetapi dgn pertolongan Allah kami berjaya masuk jugak. Byk kan baca rabbiyasirwalatho'sir. Kami dpt solat dan berdoa utk hajat di sana. Alhamdulillah. Pukul 9.30 pg kitorng balik ke hotel. Berehat. Kul 10 lebih bergerak ke masjid smula. Walaupun waktu zohor pukul 12.20 tp disebabkan solat jumaat, memang ber

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :9 April 2015

Perjalanan seterusnyer dr bumi mekah almukarramah ini ialah ziarah pilihan. Ziarah ker muzium hudaibiyah, ladang unta dan masjid hidaibiyah. Selesai solat subuh di masjid. Kami balik bilik dulu dan terus ke dewan makan. Selesai sarapan naik smula ke bilik utk bersiap2 utk pergi ziarah luar. Mutawif makkumkan kul 7.30 pg berkumpul di lobi. Sesiapa yg ingin buat umrah dibenarkan pada hari ini. Kami mengambil keputusan utk tidak membuat umrah hari ni. Badan sakit2. Lagi pun kain ihram my hubby pun mcm dh kotor katanya. So, kami join utk ziarah sahaja. Sebenarnye, rugi jugak tk buat tp rs badan mcm dh tk larat. Tu yg kitorng tk buat umrah lg. Ziarah pertama adalah di muzium hudaibiyah. Di sana kami melibat replika pembinaan masjidilharam selepas proses pembesaran ini. Owh.. sungguh besar. Berdasarkan replika itu, mataf yg diatas akan dirobohkan. Semuanye akan tawaf dibawah. Sungguh luas.  Mengikut peneranga  mutawif, masjidilharam ini akan diperluaskan sehingga blh menampung 10 juta org i

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :8 April 2015

Hari ini ziarah luar. Melawat jabal thur, jabal rahmah, mudzalifah, padang arafat, jabar nur dan masjid ja' ranah utk buat umrah lg. Kami melihat dr jauh sahaja jabal thur n jabal nur. Manakala jabal rahmah kami mendaki bukit sampai ke puncak. Berdoa di sana. Selepas itu turun smula. Lebih kurng 1/3 jam sahaja g jabal rahmah. Kemudian terus ker kwsn mudzalifah dan pdg arafah. Ini pun tgk atas bas sahaja. Di mana kawasan ini merupakan jemaah haji akan dtg ke sini utk berkumpul pd 9 zulhijjah. Kawasan padang arafah ini lapang dan ditumbuhi dgn pokok2 hijau sahaja. Jemaah haji akan kutip batu di mudzalifah. Kwsn mudzalifah dan padang arafah adalah tmpt yg berhampiran sahaja. Apabila musim haji, akan dipasang khemah utk jemaah haji berlindung. Kemudian kami terus bergerak ke masjid ja'ranah untuk bermiqat di sana. Umrah kali ke 3 bersama mutawif. Jika pergi dgn pakej andalusia, mutawif akan bimbing sehingga 3 kali umrah. Memang dh masuk skali dgn pakej. Saya dan suami buat badal u

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :7 April 2015

Seperti biasa kami bangun pukul 3.30pg utk bersiap2 solat subuh. Lepas solat ke tmpt makan. Mutawif telah maklumkan bahawa hr ni akan buat umrah ke 2 yg bermiqat di masjid tana'im (masjid saidatina aisyah). Kami berkumpul pukul 6.45 pg. Mutawif memaklumkan bas tidak blh menunggu di hotel hilton kerana laluan utama jalan. Jadinyer kami terpaksa jalan kaki skit ke bwh jambatan. Tak jauh pun sebenarnyer. Siap naik escalator lagi. Perjalanan ke masjid tana'im lebih kurng 20 minit sahaja. Solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram di sana. Mutawif cdngkan kami berniat di dalam masjid sahaja secara bersendiri. Kami masing2 buat badal umrah. Saya buat badal umrah utk arwah abah dan hubby buat badal umrah utk nenek nyer. Lebih kurng pukul 8 lebih kitorng sampai ke masjidilharam smula utk melakukan rukun umrah. Kami decide utk buat secara sendri tanpa ikut mutawif. Alhamdulillah, selesai lebih kurng jam 10 pagi. Kami balik ke bilik utk bersihkan diri dan bersiap2 ke masjid sm

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :6 April 2015

Hari ini aktiviti bebas diberikan oleh mutawif. Pagi selepas sarapan kami tido utk kumpul kekuatan smula. Solat zohor di masjid dengan didahului dengan tawaf sunat. Kemudian, balik ke hotel utk mkn tghri dan kembali smula ke masjid utk solat asar. Alhamdulillah, disebabkan hotel kami dekat. Jadinyer senang utk berulang alik.  Setiap waktu solat kami ke masjid. Hotel hilton merupakan hotel yg paling hampir dgn masjidilharam. Alhamdulillah. Servis pun ok. Makan pun ok. Bilik besar. Bilik air ada 2. Memang terbaik. Tempat makan utk hotel hilton di dalam shopping complex. Melayang lg duit ni jwbnyer. Lepas solat isyak di masjid kitorng terus makan n balik bilik. Malam ni tido awal. Belum pukul 10 mlm dh tido. Rs badan penat sgt n perut tk berapa sedap.

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :3 April 2015

Pada hari ini adalah lawatan untuk Ziarah luar. Tempat yg dilawati masjiq quba', ladang kurma, masjid qiblatain (lalu sahaja), tempat perang uhud dan pasar kurma. Lebih kurng pukul 11 selesai dan terus bersiap2 ke masjid utk solat jumaat. Kami sampai 1 jam awal. Itu pun sudah ramai umat islam membanjiri masjid nabawi. Tp alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan saya. Saya tetap berpeluang solat di dal  am masjid nabawi walaupun bersesak2 dengan org ramai. Syukur ya Allah. Pertama kali dalam hidup saya dpt menunaikan solat jumaat. Selesai solat terus balik ke hotel dan makan. Di hotel mubarak silver, masakan oleh orang indonesia. Rs makanan blhlah. Makan tetap kene makan walaupun skit utk kekuatan tenaga.

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :4 April 2015

Bermula dengan solat subuh di Masjid Nabawi. Kemudian, kembali ke hotel utk sarapan pagi. Che usop nak hantar baju skit ke laundry. Kami hantar laundry utk 4 helai sahaja. Pihak hotel memutuskan rm4/ helai. Belasahlah yg penting baju dpt dibasuh. Pagi tu ada proram ceramah agama dan tahlil  arwah. Saya n suami decide nak masuk raudhah dulu . So nampak gayanyer terpaksa korbankan ceramah agama. Alhamdulillah, saya dpt masuk raudhah walaupun mengelinap masuk dan serangan tolak menolak berlaku oleh bangsa asing. Selesai sumenyer lbh kurng pukul 9.15 pg. Kemudian, kami balik ke hotel utk dgr ceramah agama. Lega kerana dapat juga dgr ceramah. Ceramah habis sehingga pukul 10.00 pagi. Lepas itu rehàt di bilik sementara menunggu waku zohor. Biasanyer saya dan suami pegi sejam awal ke masjid. Pada selepas  waktu asar, kami ronda2  kawasan masjid. Che usop pegi berziarah perkuburan baqi '. Saya tunggu di luar. Selesai ronda2 kami pun terus balik ke hotel. Kami bersiap2 utk ke masjid menunai

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :5 April 2015

Kami telah dimaklumkan oleh mutawif akan berangkat menunaikan umrah pada pukul 2.30 ptg. Beg sume dah kemas dah. Kami decide utk ke raudhah lg pagi tu. Lebih kurng pukul 7 lebih kitorng pegi sambil tu bwk beg turun terus ke lobby hotel. Kami selesai ke raudhah dalam pukul 9.30 pg. Kemudian balik bilik. Kami telah mendapat perkhabaran yg tidak baik dr Malaysia. Arif masuk wad sbb semput. Ya Allah. Tiada daya dan upaya saya pada ketika itu. Asyik memikirkan arif. Kami berdoa byk2 pada Allah utk kesihatannyer. Lebih kurng kul 11 kitorng bersiap2 dan mandi sunat ihram utk ke masjid solat zohor diikuti dengan ziarah wida' pada Rasulullah. Pukul 2.30 ptg kami bertolak ke Mekah dgn menaiki bas. Perjalanan mengmbil masa lbh kurng 5-6 jam. Bermiqat di bir ali dan solat sunat ihram di sana. Di dalam perjalanan, singgah makan nasik arab dan terus ke Mekah. Kami sampai di Mekah lebih kurng pukul 10.30 mlm.umrah tetap dilakuka  malam itu juga. Kami menginap di hotel hilton.  Alhamdulillah, hot

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :2 April 2015

Kami bangun pada pukul 3.00pg utk siapkan  diri ke masjid Nabawi. Amat rugi sekiranya peluang yg ada tidak direbut. Banyak pahala di depan mata. Syukur ya Allah diberi peluang kepada kami sekali lg untuk menjejak kaki ke tanah suci ini.  Subuh disini pada pukul 4.50pg. Suasana tenang wlapun dibanjiri dengan  umat islam seluruh pelosok dunia. Sesiapa sahaja memasuki masjid Nabawi akan terpegun dengan ukiran buatan nyer dan akn wujud satu perasaan tenang di dalam jiwa kita. Ya Allah, tidak dapat diungkapkan  dengan kata2. Perjalanan di antara hotel mubarak silver dan masjid nabawi tidaklah jauh. Hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja tetapi harus diingat jemaah dinasihatkan pergi ke masjid 1 jam awal bg mengelakkan kesesakan kerana almaklumlah seluruh dunia umat islam membanjiri masjid nabawi ini pada setiap hari. Harus diingat bahawa jika ingin memasuki mana2 pintu masjid nabawi mesti melalui penjaga masjid utk spot check. Tips yg mudah ialah pastikan kite membuka terus beg galas bg me

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :1 April 2015

Alhamdulillah. Perjalanan umrah saya kali ke-2 bersama suami tercinta. Umrah pertama saya pada tahun lepas bulan 5/2014 bersama mak mertua, ayah mertua, adik ipar dan suami. Maklumat detail pakej umrah kali pertama seperti berikut:-    Travel agensi : andalusia    Penerbangan : Airasia Travel    Harga pakej : Rm53++(bilik berdua)    Hotel Madinah : Mubarak Silver    Hotel Mekah : Malak Ajyat (450m) Kami masih memilih travel agensi Andalusia juga untuk perjalanan umrah kali -2. Maklumat detail pakej umrah kali kedua seperti berikut:-    Travel agensi : andalusia    Penerbangan : Saudia Airlines    Harga pakej : Rm8600 (bilik berdua)    Hotel Madinah : Mubarak Silver    Hotel Mekah : Hotel Hilton. Flight pukul 3 ptg. Semua jemaah berkumpul pada 11.30 tghri. Urusan check in beg dilakukan. Pukul 12 berkumpul utk mendengar taklimat. Diakhir taklimat pengagihan tiket kapal terbang, passport dan kad kesihatan. Di dalam taklimat meminta pada jemaah menjaga kesihatan dan secara tidak langsung