Sayang Seorang Ayah, Kasih Seorang Ibu

Ni cerita sedih. Petang Jumaat(7/1/2011) hari tu saya mendapat panggilan telefon dari mak menyatakan bahawa Arissa(Anak Pak teh) telah meninggal dunia. Sebelum tu Kak Alin(sepupu) menelefon saya menanyakan perihal Arissa di HKL. Tp pada ms tu sy memang tak tau menahu yang die dlm keadaan kritikal. Mak ada ckp sebelum ni yang Arissa masuk HKL smula after mendapat rawatan di Klinik Dr Tan di Linggi kerana demam. Tak kusangka ajalnyer begitu cepat. Sy pun menelefon mak utk mendapatkan kepastian. Rupenyer memang betul, Arissa memang dlm keadaan kritikal n dimasukkan ke ICU. Doktor dh surrender. Die tak blh nak bt apa2 kerana Kuman telah menyerang ke bahagian otak.
Sebenarnyer penyakit Arissa ni memang pelik. Bermula pada awal bulan 11/2010 dgn sakit kepala. Mak Teh(ibu Arissa) telah membawa ke hspital utk dapatkan rawatan.Memang ibunyer meyatakan yang anaknye selalu sakit kepala. Tp ms tu memang die dh tak boleh tahan. So, Mak n ayahnyer bawa ke Hospital Seremban. Saya tak ingat berapa hr di sana. Pastu doktor Hospital Seremban telah mengarahkan Arissa ni di refer ke HKL utk rawatan susulan. Dimasukkan ke wad Saraf. Sempatlah saya sekeluarga bersama mak melawatnyer 2 kali di HKL. Tak lama di HKL, Doktor mendapat kesan ada ketumbuhan di bahagian kepala. So, doktor amik keputusan untuk melakukan operation kerana ditakuti ketumbuhan itu akan menutup bahagian otak. So, selamatlah sudah operation dibuat. Alhamdulillah.
Dekat sebulan kot die duduk di HKL utk rawatan. So, baliklah ke rumah dlm keadaan bertongkat. Ada jugak sesekali die balik di rumah wan(sebelah rumah mak saya). Suatu hari, Kak Jan bertanya pada boboy(Anak Mak lang) keadaan Arissa coz kitorng memang takde jumpa die sejak die keluar hospital. Boboy ckp die mcm lupa ingatan. Berderau darah saya. Kami semua menyangka die telah pulih... tp rupenyer bertambah teruk. selang beberapa minggu selepas itu, saya diberitahu oleh mak yg Arissa telh ke dimasukkan ke HKL. Sedih saya.....
Raut wajah Arissa memang cantik.. Mukanyer bujur sireh. Kulit putih. Rambut panjang. Seorang pendiam. Hati saya cukup tersentuh dan pilu bile terkenangkan wajahnyer. Arissa baru nak masuk sekolah darjah 4 (umur 10 tahun) telah menemui ajalnye. Hati ibu mana yg tak sedih.... Setelah dikendong selama 9 bulan, merasai kesakitan semasa bersalin, berjaga siang mlm membesarkan anak itu sehingga die bersekolah. Setelah umur 7 tahun dimasukkan sekolah darjah 1 sehinggalah darjah 3. Tup-tup nak masuk darjah 4, Allah amik dr ibu dan ayahnyer. Hati ibu mana yg tak derita. Bila saya melihat wajah Makteh n Pakteh semas jenazah diusung, Air mata saya telah berkaca. Tak tertahan sebaknyer di dada. Menitis satu persatu lama-lama berjuraian air mata. MakTeh dan Pakteh tenang saje. Mereka boleh terima kehendak Ilahi. Syukur.... 'Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnyer'

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....