Monday, January 30, 2012

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 1

Alhamdulillah dapat jugak kitorng menjayakan trip ke Kuala Terengganu ini setelah ditangguhkan pada hr krismas yg lalu. Syukur. 4 kereta yang terlibat iaitu Naza Forte, Avanza, Wira SE dan Wira Aeroback. Keluarga yang terlibat pula ialah Keluarga Induk, Keluarga B.long, Keluarga B.yo dan Keluarga Che Usop termasuklah mak n wan. Kitorng bertolak pada petang Jumaat (20/1) sebelum solat maghrib. Kitorng berkumpul di Stesen Petronas sebelum Jalan ke Kuala Pilah. Hanya keluarga b.yo jer bertolak dr Bentong. Best jugak berjalan malam. Suasana sejuk jer. Dah lama tak jalan malam-malam cmni. Kitorng berhenti solat di  R n R Muadzam.
Kitorng telah menempah rumah Maksu di Kerteh untuk bermalm di sana. Lebih kurang pukul 1 pagi kitorng sampai. Kitorng disambut dengan senyum yg melebar oleh Mak Su sekeluarga. Sampai2 jer sana terus tido. Semua driver dh tak larat. mengantuk terutama che usop n achik. Suasana rumah MakSu memang suasana kampung. Sejuk... memang kene pakai blanket kalau tak menggigillah kesejukkan. Sebenarnyer kalau kitorng ke Terengganu biasanyer akan bermalam atau singgah rumah Maksu. Maksu ni adik arwah abah sama mak. Sambil-sambil berjalan boleh berziarah. Anak MakSu ni ada 6 orang. 2 dh berkahwin. Anak bujang die sorang jer. yang lain semua pempuan. Kami sempat bersarapan di Rumah Maksu. Die jamu kami mihun goreng n cekodok udang. Saya memang berselera kalau MakSu masak. Masak apa ajer mesti sedap terutama ikanlah. Yelah kat sini kan ikan  n makanan lautnyer semua fresh... sedap.....Lebih kurang kul 9 pagi kitorng keluar dari rumah MakSu ke Kuala Terengganu. 
 (Sumber gambar ehsan dari che google) 

To Be Continue......

Tuesday, January 10, 2012

Kerja + Dateline + Penandaaras

Skrng ni amatlah jarang dpt sy berblog. Keje di ofis yang semakin bertambah dan bertimbun menyebabkan balik rumah tak sempat nak bukak lappy. Badan penat. Boleh katakan tiap2 hari ada meeting. Kalau meeting mesti kene ada buat keje yang ber dateline. So, skrng ni kerja kene lebih hard and smart. Pengurusan baru. 



Saya syukur hari ni paperwork saya untuk buat penandaaras telah diluluskan. Alhamdulillah.  Sebenarnyer lawatan penandaaras adalah perlu bagi organisasi yang baru ditubuhkan. Byk perkara yang boleh kite pelajari dengan membuat lawatan penandaaras ni. Memang dh lama nak buat lawatan ni tp masa tidak mengizinkan. Skrng ni dh masuk kampus sebenar, jadi skop kerja semakin bertambah. Mcm2 bende nak buat utk tingkatkan mutu & kualiti kerja tp apakan daya saya ada azizie jer utk membantu. Kami sedaya upaya cume memaksimumkan fungsi unit kitorng untuk unit-unit yang lain. Tp biasalah, kitorng tak dpt nak penuhkan hati semua orang. Kitorng buat selagi ada daya upaya kitorng jer..... harap kawan2 semua memahami situasi kami ini. 

Berbalik kepada lawatan ni. Kitorng plan nak pegi awal bulan Februari. Lokasi di Sabak Bernam. Tido sana semlm. Harap2 apa yang dirancang berjalan dengan lancar.......

Alamak, SKT Unit tak siap lagi.. Dateline 16/1/2011. Adus....... Maklumat untuk MQA pun tak siap lagi.... Dateline 13/1/2011 dan 16/1/2011. Nak kejar kontraktor lagi... ada kerja diorng tak selesaikan lagi... 
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya. Amin....


Monday, January 2, 2012

penghujung 2011... Suratan takdir.

Pada tanggal 31 dis 2011, kembalinye Mak Ndak(Mak Sedara) kepada Allah. Pemergiannya tidak disangka. Memang hakikat sebenar die dh lama sakit... dekat sebulan. Sakitnyer secara tetiba. Sudah merata pergi berubat. Termasuk ubat hospital dan ubat tradisional tp still tak sembuh-sembuh jugak. Pada 30/12/2011, die telah dimasukkan ke hospital Jelebu kemudian ke Hospital Seremban. Ketika inilah baru doktor bgtau tentang penyakitnyer iaitu Kanser di tahap yang terakhir. Kuman tersebut telah merebak ke hampir keseluruhan dalam badan. YA Allah. Maha SUci Allah. Dia yang lebih mengetahui daripada kite. Pada pukul 3.00 ptg, Mak Ndak telah menghempuskan nafasnye yang terakhir di hadapan semua keluarga. Semuanye redha kerana telah lama die menderita sakitnye. Mak Ndak dikebumikan di Jelebu pada keesokkan harinyer.

Kami semua balik ke rumah masing-masing. Pagi lebih kurang kul 7.40 pg kami bertolak ke Jelebu. Sampai lebih kurnag pukul 9.00 pagi. Waktu tu belum ramai org dtg. tak lama lepas tu berduyun2 org datang. Mak Ndak di mandikan di masjid. Hati saya begitu tersentuh bila melihat Pak Ndak menngesat air matanye ketika di masjid sewaktu mandikan mayat. Die termenung. Hati saya mula sebak pada waktu itu. Saya memang tak boleh tgk kelibat Pak Ndak. Dah selesai mandikan, terus ke kubur. Kitorng tak ikut ke Kubur. Mak ngan induk jer pegi. Lebih kurang kul 1.00 tghari kitorng bertolak balik ke rumah.

Diharapkan Pak Ndak n anak-anak tabah menghadapi ujian Allah ini. Amin...

* Saya telah berjanji ngan Aiman n Anas nak ke Melaka pada 1/1/2011. Tido sana. Saya dh booking hotel Air keroh Country Resort. Saya terpaksa batalkan atas sebab2 di atas. Saya tangguhkan percutian kami. Anak-anak semua fhm. Alhamdulillah