Wednesday, October 19, 2011

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Hari Sabtu hr tu kitorng telah menjejakkan kaki ke Cowboy Town. Kitorng beli tiket masa g Matta Fair bulan 8 hari tu. Kitorng dpt murah. Seorang RM20. Kalau biasa harga lebih kurang RM38. Jimat banyak. Kitorng beli 4 tiket. Nak bwk mak jenjalan. Tp kebetullan plak Ijat cuti semester, so bawaklah die skali. Kitorng bayar untuk Aiman jer lah dalam RM25 coz kanak-kanak. Kitorng sampai lebih kurang kul 6 lebih. MEmang Cowboy Town tu diorng buat mula kul 6 ptg sampai kul 12 tgh mlm. Kitorng duduk sana sampai kul 10 lebih. Kes malas nyer hal. Den tepek gambar jerlah beserta description.... hehehehe



Berjalan sakan beb
Kitorng naik train. Keliling Cowboy Town ni. Sorang kene bayar RM2.

Musical Animal Show. Syokkkkkk.....

Aiman yang melalak nak cermin mata yang ada lampu-lampu. Sebenarnyer saya dh belikan kipas yang berlampu untuk die(die yang nak). Harga RM10. Anas pun dapat gak yang berlampu tue. Pastu nak cermin mata plak. Aiman biasalah kalau die tak dapat apa yang die nak memang melalaklah. Kalau takde beli apa2, blhlah den belikan. adus. Tp disebabkan wan nyer sayang bebenar ngan die, dapatlah jugak die cermin mata tu dengan ehsan drpd wan nyer.

Pertunjukkan bunga api di akhir persembahan Musical Animal Show. Syok habis. Memang lamalah. Bunga api pun banyak

Jalan-jalan di sekitar Cowboy Town

Saya, Aiman, Anas, Che Bibah aka mak den, Che Yusop dan Ijat.

Red Indian Show

 
Nama jer pegi Cowboy Town tp takde show pasal cowboy pun. Topi Cowboy banyaklah dijual. Kat dalam Cowboy Town tu memang ada permainan seperti bowling, fun fair. yang tu kene bayar lain plak. So, kalau sapa-sapa berhajat untuk ke Cowboy Town kene bwk duit poket lebih skit jika nak main fun fair. Dalam ni jugak ada 4D theater. yang tu bayaran nyer lagi mahal. Tak sure berapa. oklah itu jer nak cite psl Cowboy Town.

InsyaAllah, tahun depan Matta Fair bulan 3. Ke mana plak destinasi kite zche Yusof selepas ni? Kene fikirkan ni. nanti senang nak booking masa Matta Fair.... hehehehehehe. Berbaloi, memang berbaloi.......

Monday, October 17, 2011

Gambar-Gambar Kenangan di Sabah

Aktiviti Hari Pertama

Aktiviti Hari Kedua

Aktiviti Hari Ketiga

Aktiviti Hari Keempat

Saturday, October 15, 2011

Percutian Ke Sabah...... Hari Ke-4(9/10/2011)


Hari terakhir kitorng di Sabah. Malam tadi dh kemas separuh baju. Pagi-pagi bangun terus kemas baju. Susun dalam beg. Memang muatlah. Kitorng g sarapan pagi kul 8. Dh selesai sarapan pagi. Naik blik then terus amik beg pakaian semua. Dh janji ngan Che Duccan(Driver Ulang alik ke Airport) pukul 9.00 pagi. Ada satu tempat yang kitorng tak pegi lagi iaitu Pasar Gaya. Pasar ni dibuka pada hari Ahad. Sampai tengahari jer. So, Che Yusof minta Che Duccan berhentikan kitorng kat Pasar Gaya sekejap untuk last minute shopping. Die bagi masa kat kitorng 20 minit. So, kitorng apa lagi. Cepat2 lah membeli belah. Barang yang sempat kitorng beli ialah Beg selendang, Kain batik 2 helai, mainan Aiman, butang baju melayu(mutiara) ngan dompet. Pastu kitorng terus ke Airport. Flight pukul 10.55. Bye bye Sabah. Perjalanan mengmbil masa 2 jam 20 minit. Lama jugak. Kitorng di pick-up oleh Abg Zali sekeluarga. Terima Kasih. Kitorng terus ke Taman Kemuning(Rumah Mak Mertuaku).  Lebih kurang kul 4 lebih,  baru balik Kundur.


Alhamdulillah selesailah percutian kami. Percutian yang paling jauh untuk tahun ini.  Saya telah melancong di semua negeri di Malaysia. Syukur pada Allah. InsyaAllah, kitorng akan melancong lagi bagi merapatkan ukhwah keluarga di masa hadapan.

Friday, October 14, 2011

Percutian ke Sabah....... Hari ke-3(8/10/2011)


 Pagi-pagi buta lagi dah bangun. Nak kene breakfast cepat coz hr ni kitorng akan ke Kaki Gunung Kinabalu & Hot Spring. Perjalanan jauh. Lebih kurang 2 jam lebih. Memang tempt perlancongan kat Sabah ni jauh-jauh. So, kitorng breakfast kul 7 pagi. Biasalah Anas takut air. Penat suruh g mandi ngan aiman. Che Usop tolong mandikan diorng. Saya iron baju. So, cepat skitlah keje tu. Kali ni menu pagi tak brapa best. Menu wajib adalah ayam. Tp blhlah telan kat tekak. Tala jer lah. Kang lapar plak. Lepas breakfast tu kitorng naik bilik utk amik beg ngan keperluan lain coz kitorng akan sampai smula di hotel ni pada mlm hari. Pagi pegi, mlm baru balik. Kitorng dijemput oleh bas perlancongan. Mcm biasa. Hanya kitorng jer Rakyat Malaysia dan beragama Islam. Yang lain semua dr oversea. Kebanyakan org dr hong kong, korea, Australia. Tapi kali ni instructor adalah beragama Islam iaitu Che Ijan. Dalam perjalanan tu, Ijan ni bagitau psl tentatif program. Memang speakinglah. Yo lah dalam tue semua bangsa asing. Kitorng tak kisah die nak ckp bahasa apa. Alhamdulillah, kitorng fhm jer.  
  
Destinasi pertama yang kitorng singgah adalah di Pekan Nabalu. Pekan ni byk menjual cenderahati dan jugak tempat untuk tgk Puncak Gunung Kinabalu. Siap ada menara lagi tu. Kitorng berada di situ selama 20 minit jer. Sempatlah Che Yusof bersama anas n aiman bergambar di pemandangan puncak Gunung Kinabalu. Saya plak apa lagi shopping apa yang patut. Perempuan memang tak blh lari dengan shopping. Sempatlah sambar sehelai t-shirt sorang sehelai. Takdelah mahal sgt. Harga standard ler. Kitorng memang tak sempat dah nak shopping. Tu yang saya sambar kat Pekan Nabalu tu. 

Destinasi seterusnya kitorng sampai di Kaki Gunung Kinabalu. Kat sini kitorng pegi Taman Botani. Masuk hutan dengan bwk anas ngan Aiman. Bayangkan bwk budak2 kat dlm hutan. Aiman ngan Anas memang jalan kaki. Semangat sungguh budak-budak tu. Kitorng dibawa oleh Che Ijan beserta dengan penerangan psl tumbuh-tumbuhan tu skali. Memang byk tumbuh-tumbuhan tp kitorng pegi hanya beberapa sahaja. Tak larat nak pegi semua. Tu pun byk jugaklah tumbuh-tumbuhan yang pelik yang tak pernah tgk kat semenanjung cam periuk kera, orkid arnab dll. Lebih kurang 30 minit kat situ. Pastu kitorng naik bas smula untuk ke tempat lain. Tempohlah jugak Kundasang. Memang syoklah kalau tido kat sana. Suasana memang cm kat Cameron Highland. Macam2 sayur-sayuran segar jual kat tepi2 jalan. Kitorng tgk dari dalam bas. Tak singgah pun. 

Destinasi ke-3 adalah di Hot Spring dengan kata lain Kolam Air Panas. Sebelum masuk, kitorng makan di Restoran XXX. Saya tak nak cite panjang-panjang psl restoran ni. Biarlah rahsia kami 4 beranak. Hehehehe. Oklah. Kitorng dibawa masuk ke Kolam Air panas. Sebenarnye dalm kawasan Kolam Air Panas ni ada canopy walk (jambatan gantung). Kitorng nak cubelah jambatan gantung ni jugak.  Tiket semua diuruskan oleh tourism ni. Kitorng pegi jer. Nak naik canopy walk ni memang kene meredah hutan. Jauh jugak. Memula tu ingat saje nak jalan-jalan jer. Takdelah nak g sampai canopy walk. Jalan punyer jalan sambil Che Yusof dukung anas, rupe-rupenyer kitorng dh jauh perjalanan. Tinggal skit jer lagi nak sampai canopy walk. So, teruskan jugaklah. Ramailah yang nak pegi naik canopy walk tu wlaupun kene meredah hutan belantara. Sampai kat tmpt nak naik canopy walk tu ramailah plak. Berhimpit2. Badan dh berpeluh2. Jauh jugak beb. Gilir-gilir ngan che Yusof dukung anas. Aiman memang kuat berjalan. Die steady jer jalan meredah hutan tu. Memang mandapat pujian sungguh. Kitorng jer yang bwk anak. Yang lain semua org dewasa. Bila dh berhimpit-himpit tu anas apa lagi buat ragam. Die nak suh jalan. Dh berpeluh2. Adalah sekumpulan ni bagi kat kitorng jalan dulu kat canopy walk ni. Alhamdulillah, dapat awal. Menyeberang jambatan gantung sambil mendukung anas. Che Yusof plak mendukung Aiman. Memang adventure betul. Kat Semenanjung pun kitorng tak buat cmni. Memang pengalaman yang tidak dpt dilupakan. Panjang jugak jambatan gantung. Jambatan gantung yang terpanjang skali yang pernah kitorng naik. Dah selesai berjaya menghabiskan semua jambatan gantung, kitorng pun meneruskan perjalanan untuk ke check point penghabisan. Saya ingatkan bila dh habis jmbatan gantung, dh tek perlu jalan meredah hutan. Rupenyer sangkaan saya salah sama sekali. Kitorng terpaksa berjalan lagi meredah hutan dengan Che Yusof mendukung anas. Aiman paling kuat berjalan. Masa naik Canopy walk Aiman takut berjalan. Tp bila dh habis tu, die yang paling laju jalan mengalahkan saya sebb nak kejar kolam air panas. Tak lama lepas tu, kitorng pun sampailah tmpt yang mula2 masuk tadi ditunggu oleh Che Ijan(Instructor). Berjaya. Alhamdulillah.

Setelah berpeluh2 badan, Anas tak sabar-sabar nak mandi. Orang memang ramai masa tu. Kolam air panas ni di bahagi kepada 2 tempat. Satu tempat terbuka n satu tempat tertutup(bilik). Instructor tu ada bagitau. Kalau sapa2 nak free blh mandi di tempat terbuka. Kene kongsi kolam ngan orang lain. Tp kalau sapa2 nak mandi tempat tertutup kene bayar sendiri. Satu bilik RM15. So, Che Yusof booking satu bilik. Seronok betul Aiman ngan Anas mandi. Bilik tu takdelah besar sgt. Kecik jer. Ada satu bilik Mandi ngan 1 kolam. Berkubanglah budak 2 org tu. Che Yusof mandi dalam bilik mandi. Saya memang dh spare kan baju mandi ngan baju Che Yusof. So, bermandi-mandianlah diorng sepuas2nyer. Lebih kurang ½ jam lah diorng mandi. Dah selesai semua skali, kitorng pun keluar dr kolam air panas. Memang bas tu tunggu kitorng jer. Orang lain dh naik dh. Kitorng jer lambat. Tp lambat dalam 10 minit jer. Biasalah, diorng bwk budak besar. Kitorng bwk budak kecik.

Penat betul Anas ngan Aiman tp diorng seronok. Saya biasa jer. Perjalanan pulang mengambil masa 2 jam lebih jugak. Singgah sebentar di tempat kebun rafflesia. Kitorng tak turun. Kaki dh sakit beb. Tak larat nak jalan g kebun tu. Ada gak yang turun. Kene bayar. Tak ingt berapa dh. Lebih kurang 15 minit cmtu, kitorng meneruskan perjalanan balik. Semua nampak keletihan. Jalan bengkang-bengkok. Anas ngan Aiman tido. Kitorng sampai hotel lebih kurang kul 9 mlm.
Kitorng naik bilik. Mandi. Hantar beg semua. Then keluar smula untuk makan malam. Kitorng nak carik makanan seafood. Takdelah jauh kedai makan dr hotel. Tp kene jalan kaki jugak. Betis saya memang sakit. Ye lah dh lama tak jalan kaki jauh2 masa naik canopy walk tu. Bahana tul. Perut dh lapar. Terpaksa gagahkan kaki ni jugak. Malam tu kitorng makan Sotong Celup tepung, Udang goreng butter ngan Ikan masak Steam. Ikan Steam memang tak sodap langsung. Bau cm herba cino jer. Memang takde selera langsung. Tekak saya blh terima sotong ngan udang jer. Plan lepas makan nak jalan-jalan kat wisma merdeka. Saje-saje ronda utk kali ke-2. Sekalinyer Anas berak plak. Tak jadilah. Kitorng terus balik hotel. Tido dengan badan yang penat.

Percutian ke Sabah.... Hari Kedua (7/10/2011)


Hari kedua di Sabah. Solat subuh masuk kul 5 pagi. awal sungguh. Waktu syuruk pun awal. Kalau tgk kul 6 pagi dh terang cm kul 7 kat sini. kitorng nak habiskan shopping untuk yang terakhir pagi tu coz nak bt aktiviti lain plak utk hari seterusnya. mandikan budak2 ni then terus turun breakfast. Menu breakfast best jugak. Nasi kunyit bersantan + kurma ayam. Ni antara menu yang saya suke. Best jugak. Tp seperti biasa masakan nyer memang takde pedas. Dah selesai breakfast semua, kitorng jalan kaki ke pasar philipine. ulang balik shopping yang semalam. Kali ni dapat harga murah dr smlm. Saya hanya membeli untuk org lain tidak untuk diri sendiri. Takdelah minat sgt nak pakai mutiara. kalau emas, den laju jer.... hehehehehe.daatlah beli ole2 skit utk adik beradik ngan sepupu. sebagai tanda peringatan.......

Dah selesai membeli semua skali... Kitorng round kat sekitar kawasan.... kitorng g pasar buah-buahan, kerepek2 ngan wisma merdeka. Saje ronda2.. sebab dekat ngan hotel kitorng. takyah sewa teksi. Jalan kaki jer. Pastu kitorng pesi Suria Sabah. Jalan2 sambil beli makanan tghari. Lebih kurang kul 12 lebih kitorang balik hotel untuk bersiap2 mengikuti pakej yang kitorng amik.

Tempat lawatan yang pertama adalah di Probosis Monkey. Probosis Monkey ni terletak di KLIAS. Untuk ke sana kitorng naik bas yang disediakan. Kitorng adalah org pertama yang naik bas. Pastu g jemput org lain kat hotel lain. Tp percayalah. kitorng jer org Malaysia n Kitorng jer org Islam. hebat kan..... Kitorng join ngan org oversea terutama org kulit putih. Anas adalah org pertama yang cuak coz pertama kali naik bas... hahahahaha. Dalam bas, ada instructor. Die yang bagi detail tentatif program pada hari tu. Sampai kat Kg KLIAS tu kitorng kene jalan kaki untuk ke Jeti. Takde lah jauh sangat nak jalan kaki. Jalan nyer memang sempit.. hanya blh bawak motor jer. Tu yang kitrng kene jalan kaki. Tempat Jeti tu ada restoran. Memang disediakan khas untuk org2 yang nak tgk Probosis Monkey. Kitorng dipecahkan pada 2 group. Kitorng naik Bot kecik. group yang satu lagi, naik Kapal Besar. Kitorng diberi minum petang dulu. Menu air kopi, air teh, goreng pisang dan goreng keledek. Sedap jugak. Rangup. Dah selesai makan, kitorng pun diajak naik bot. Setiap org kene pakai baju keselamatan sebelum naik bot. Kitorng naik bot bersama org Jepun. 


Perjalanan kami dengan bot ni diketuai oleh Mr Kelly. So, sepanjang perjalanan menaiki bot tu kitorng disajikan dengan Probosis Monkey. Beza Probosis Monkey ngan Monkey adalah di hidungnye. Probosis Monkey mempunyai hidung yang panjang. Seronok. Kite kene cari kat mana probosis Monkey tu. dlm hutan. Kitorng memang tak turun. tgk dari dalam bot jer. Mata kene teranglah. Kiri kanan hutan belantara. Memang seronok. Lama jugaklah kitorng dalam bot tu. Anas dengan Aiman memang suke. Takde meragam. semangat diorng mencari probosis monkey tu. Hati saya masih memikirkan tempat kerja. Sempatlah jawab telefon dr dalam bot psl urusan keje. huhuhuhu.



Lebih kurang pukul 6 ptg, kitorng pun turun dr bot. Makan malam kat Restoran yang berdekatan dengan Jeti. Kat situ memang takde tmpt shopping. Jimat duit beb. So, makanlah apa yang ada. Tp menu nyer Ok lah. Blh diterima oleh tekak w'pun tak pedas. hehehe. Dah makan semua kitorng turun semula ke Jeti. Naik bot semula untuk tgk kunang-kunang plak. Sekejap jer lah. dalam 20 minit kitorng dalam bot. Pastu kitorng pun naik semula ke Jeti... Untuk pulang.........Kitorng sampai kat hotel smula lebih kurang kul 9 lebih.

Thursday, October 13, 2011

Percutian ke Sabah.... Hari Pertama (6/10/2011)

Rentetan drpd entry sebelum ini. Kitorng di ambil oleh egen ni utk check in ke hotel. Actually, kitorng dh amik pakej utk ke Sabah ni. Kitorng dapat masa g Matta Fair bulan 8 yang lalu. Disebabkan kitorng memang tak pernah g Sabah dan tak tau selok belok Sabah, so kitorng amik pakej untuk ke sana. Pakej ini tidak termasuk flight ticket. Semua skali RM1,400 termasuk hotel(4H3M), Probosis Monkey and Kaki Gunung Kinabalu & Hot Spring. Pakej ini jugak termasuk makan dan tiket. Kitorng dapat Gaya Centre Hotel. Hotel ni berdekatan dengan Suria Sabah. 


Setelah Check in hotel. Duduk sekejap. Then kitorng jalan kaki di sekitar Pasar Piliphine. Tak delah jauh sangat. tapi mengah jugak jalan kaki bwk budak-budak ni. Habis kitorng rondo2.... Target utama Mutiara lah.. Ye lah... kitorng dh takde masa nak membeli belah nanti. belilah skit.... Sebenarnyer kepala otak ni fikir psl keje. Takde lah nak kata relaks minda. Kerja melambak kat ofis. Tak blh nak elak dah. terpaksa tinggalkan jugak. Padahnyer, percutian ni jadi cm biasa jer... Fikiran still melayang kat ofis. Berbalik pada cite tadi... Sebelah membeli belah skit, kitorng pun makan  malam+ makan tghari. hehehe... Menu makanan laut. Kitorng amik sotong, udang ngan ikan bakar. Tak sempat nak snap gambar. Dah lapar sgt. Pastu kitorng pun berjalan pulang ke hotel. Masa tu jam lebih kurang kul 7 lebih. Kat sana waktu sembahyang memang cepat 1 jam. Kalau kat sana kul 6 dh masuk solat Maghrib. kul 7 dh mcm mlm dah... kalau kat sini, cm senja jer. tp kat sana cm dh kul 9 mlm. Malam tu kitorng lepak kat bilik. Sebab dh penat sgt.

Friday, October 7, 2011

Trip to Sabah...

Kitorng se family telah selamat sampai ke Sabah pada pukul 2.30 ptg smlm. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Anas dan Aiman pun masih blh dikawal. Tiada kelakuan aneh yang dilakukan mereka berdua sepanjang perjalanan ke Sabah ini. oklah.... nak g shopping... mutiara.........