Wednesday, August 24, 2011

Koleksi Makanan : Ais Krim Goreng

Aiskrim Goreng


(Sumber Daripada http://dzanariah.blogspot.com/2010/12/aiskrim-goreng.html)


Bahan-bahan:
  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....
Letakan aiskrim pilihan... kebetulan ada 2 box aiskrim di peti ais.. sukenya...
aiskrim lava coklat
Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..
Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..
aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...

Monday, August 22, 2011

Malang Tak Berbau.... Bahagian 1

Rancangan berbuka puasa secara beramai-ramai di rumah B.yo adalah satu pilihan yang bijak. Di situlah berkumpulnyer adik beradik, anak-beranak dan sepupu sepapat. Hanya Keluarga Pak Ndak dan Keluarga Pakcu jer yang takde. Yang lain semua ada. So, saya ,mak dan dibantu oleh induk serta Mira telah memasak sambal tempoyak cili api, ikan sembilang masak cili kering dan nagi goreng untuk dibawa ke rumah b.yo. Sebenarnya, cadangan berbuka puasa di rumah baru saya tapi apakan daya Koperasi Seri Nara mengadakan Majlis Sumbangan Hari Raya untuk warga emas dan Balu kepada ahlinya. So, mak terlibat sama lah. Majlis bermula pukul 2.30 ptg.

So, saya, induk n Mira siap2 bahan untuk masak. Tgh siap2 bahan tu, Saya tanyalah acik(Suami Induk) mana? Mira menjawab. Die kata pegi tgk b.long accident. Ya Allah berderau darah saya. Induk pun ceritalh. B.long accident kat highway yang dekat USIM,Nilai tu. Ketenyer remuk. Die accident seorang diri tanpa melibatkan kereta lain. Tapi B.long takde apa2. Alhamdulillah, kereta jer yang teruk. Kesian B.long. Die memang selalu sgt accident. Ms sambung degree kat ukm dulu, selalu die jatuh motor.

Sebenarnya b.long kene keje hari Sabtu tu buat kelas ganti coz raya nanti die dpt cuti seminggu. Selalu die pegi keje naik komuter ke Sg Buluh. Pada hari kejadian tu, die keje separuh hari. tu yang bawak kete Viva tu. cepat skit sampai rumah. Kejadian ni berlaku ms dalam perjalanan balik ke Seremban. Die ckp kerete tu berpusing. kebetullan plak hari hujan. Die tak dpt kawal stereng. Jaln licin dan mungkin jugak die bwk laju + mengantuk(die tak mengaku). Keretenya memang remuk betul bhgn depan tu coz langgar divider. Apa lagi panggil org bengkel lah untuk tarik. Nasib acik(Suami induk) ada tukang bantu. Sabrlah dugaan yang MAHA ESA. Tp kan b.long memang byk sgt dugaan dalam hidupnya. Semoga B.long dan Kak Ani tabah menghadapi dugaan hidup. Amin....

Ikuti sambungan entry ini di bahagian 2. Insiden yang belaku pada Wan Selamah. Semoga kite semua selalu berhati-hati dan berjaga terhadap keselamatan rumah kite kesan daripada apa yang berlaku terhadap wan Selamah.



Saturday, August 20, 2011

selamat pagi sabtu

saya nak testing update blog guna my ne
w handset Sony Ericsson xperia. testing 123.
pukul 7.30 pagi sy nak pegi pasar tani dengan my mum. aiman Dan anas tinggal kt rumah. ptg ni kitorang brkumpul adik beradik kt rumah byo utk berbuka puasa. then tido kt rumah kitorang Di senawang.


Friday, August 19, 2011

Wangi Setangi... Astro Oasis

Saya telah melayan cite wangi setangi di Astro Oasis lakonan Zami Ismail. CIte dh lama tp cukup menghayat hati. Permulaan cerita biasa saje.. tp bila dh tengah-tengah cerita, tetiba air mata jatuh satu per satu. makin lama makin laju... basah baju den. Wush memang sedih giler cite nyer. Pertama kali dalam sejarah den menangis sampai basah baju sebab tgk cite tv punyer pasal. Terharu betul pengarah yang buat cite nie... hehehehe...

Ceritanya memang meruntun hati nurani ni. Mana taknya, blh dihalau abg sendiri yang dh byk berkorban untuk dirinyer. Sampaikan abg tu sanggup tak kahwin demi menjaga adiknye. Die takut kalau die kahwin, bini die bt salah laku pada adik die. Sampai tahap cmtu sayangkan adik. Tp adik ni jenis yang tak kenang diuntung. Sebabkan tuduhan melulu tanpa usul periksa, sanggup dihalau abang yang dh tua dan sakit keluar dr rumah die. Ni semua gara-gara rancangan laki die yang memang nak abg ipar ni keluar dr rumah die. sbb senang nak bolot harta bini ni untuk buat judi.... panjang jugak ceritanyer.. hampir 2 jam. saya tgk sampai habis.

Saya menyelami cerita ni tu yang jadi sedih bangat tue. Byk pengajaran yang kite dpt dr cite ni. Ms saya menangis tu Aiman perasan. Die tnya napa ibu menangis. saya ckp saya sedih. Sya tanya die kalau ibu dan ayah dh tua sapa yang nak jaga ibu dan ayah. die ckp aiman akan jaga ibu dan ayah. Tersentuh sungguh pengakuan die tu. Semoga apa yang diungkapkan lahir dr hati dan sanubarinyer serta dikotakan bila kami dh tua nanti. Amin...




Thursday, August 18, 2011

Malam LailatulQadr

Rasulullah SAW bersabda,
”Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan qiyamul Lail karena iman dan mengharap pahala dari Alalh, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lain”
(HR Bukhari)

Lailatul Qadr dapat kita ketahui dari tanda-tandanya. Ahli hadits seperti Muslim, Ahmad, Abu Daud, dan Turmudzi meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Saat terjadi Lailatul Qadr, malam terasa jernih, terang, dan tenang. Cuaca Sejuk. Tidak terasa panas. Tidak terasa dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan terang benderang tanpa tertutup satu awan.”

Semoga Allah SWT berkenan memberikan kita kemuliaan malam Qadr tersebut.

Wednesday, August 17, 2011

IKIMfm

Sekarng ni saya dh layan radio ikim. Setiap pagi jer mesti bukak channel ni sebagai peneman saya untuk pergi keje. Dulu saya selalu dengar sinarfm. Dengar celoteh Salleh Yaakub, Kril dan Kak Engku. Tp sejak 2 bulan yang lepas saya tukar channel ke ikim plak.

Radio IKIM ni saya dengar waktu pagi jer. Masuk jer kete. Start enjin. Pastu Sementara nak tunggu enjin panas, baca doa naik kenderaan dengan bismillah syifa. Then baru pasang radio ikim serta aircond. Pastu mulakan perjalanan. Biasanye ada zikir, mutiara kata, teka-teki, tazkirah. Best. Moga perjalanan saya ke tempat kerja sentiasa dirahmati Allah.

Sekarang ni saya amik WP1 iaitu punch-in pukul 7.30 and punch-out pukul 4.20. Saya akan gerak daripada rumah antara pukul 6.30- 6.45. Kalau lambat daripada ni memang kene pecutlah jawabnye. Setakat ni, Alhamdulillah kad saya belum merah lagi. Means sempatlah punch-in sebelum pukul 7.30. hehehe. Memandangkan saya masuk awal pagi, so saya dh miss motivasi pagi di radio IKIM. Coz rancangan tu dibuat pada pukul 7.30pg. Tp saya dapat dengar ceramah pagi tentang hadis-hadis nabi. Kire oklah. Ada gak usrah di pagi hari sebelum saya memulakan keje.

Jom kite tukar channel radio ke IKIM fm di frekuensi 102.7 untuk Negeri Sembilan. Kite jugak boleh dengar melalui online di laman web http://www.ikimfm.my

Aiman pandai berbahasa Cina Skit-Skit

Alhamdulillah, Aiman dh pandai ckp bahasa cina skit2. Tak byklah. tp dapat jugaklah die ckp cina. Malam hari tu semangat sungguh die cakap bahasa cina. dapat perkataan tertentu lah mcm bas, lori, kete dll. Seronok betul dengar die ckp cina. tp tak dapatlah dipastikan sama ada apa yang die ckp tu betul ke idak coz omak eh memang tak pandai bahasa cino.. hahaha.


Ni gambar Aiman masa usia 1 tahun lebih. Makin besar makin berubah mukanya.


Terima kasih pada Teacher-teacher di Tadika Era Kreatif kerna mewujudkan bahasa cina dalam sukatan pelajaran nyer. Diharapkan Bahasa Cina ini akan dikekalkan pembelajaran di TEK tanpa menepikan bahasa-bahasa lain.

Diharapkan Aiman dapat meneruskan minat belajar Bahasa Cina ini sehingga pandai. Aiman ni jenis suke mencuba bende-bende baru dan die suke berkawan dengan budak-budak besar. Itulah Aiman.

Monday, August 15, 2011

Matta Fair Ogos 2011

Dahsyat-dahsyat. Bulan puasa ni aku ngan che usop telah mencemarkan diri berada di Matta Fair PWTC semalam. Semata-mata untuk mencari pakej yang menarik untuk kitorng melancong. Tiket flight memang kitorng dh tempah 2 bulan lepas... Naik Airasia jer.. Masa die buat promosi hr tu. Alhamdulillah, murahlah jugak. Tp nanti sy citelah ke mana destinasi kami yerk... InsyaAllah kami akan melancong pada bulan 10/2011. Harap2 lah takde perkara yang urgent berlaku yg menyebabkan kitorng kene cancel trip ni. Kitorng dh booking travel agent smlm. Agak menarik tempt yang di propose oleh agen tu. Wait n See.


Dalam pada mencari travel agen tu byklah flyers yang kami dapat ke destinasi pelancongan dalam dan luar negeri. Kami telah tertarik untuk memilih Cowboy Town di Melaka. Kitorng Rm20 per person. So, beli 4 tiket untuk kami, aiman dan mak. Anas memang tak kene bayar. Valid sampai 31/12/2011. Kitorng berani beli yang dekat-dekat jer utk bawak mak. Destinasi yang jauh2 tak berani nak booking takut tak pegi terutama skali langkawi. Memang dh lama nak bwk mak utk kali-2 tp tak berkesempatan.

Itu jer lah kisah pasal Matta fair Ogos 2011

Wall Clock....Deko-deko

Saya memang dh lama teringin sgt nak memiliki wall clock... Saya suka yang ada 3 frame tu.... minggu lepas saya telah mencube membeli secara online untuk kali ke-2. Wabsite ni saya dapat ms search kat che google. Sejak tahun lepas lagi dh tau website ni. Tapi takut nak beli.. Kedai die kat JB. Jauh beb. Kalau kat KL ker blhlah saya pegi. Try tanya kat kedai-kedai area seremban, Memang tak de lak jual wall clock. Last sekali, minggu lepas saya nekad jugak nak beli online. Nak hias rumah.

Saya rs memang bagus sungguh owner nyer. Alert betul. Mula-mula saya buat pertanyaan pasal produk tu dulu melalui email. cepat jer die balas. Then saya buat keputusan untuk membeli nyer. Alhamdulillah berjaya. ni, saya tayang Wall Clock yang saya beli. NAnti bile dh tampal kat dinding saya tanyang kat sini yer.


Saya beli kat http://www.hourhome.com.my/. Memang syok habis. Lawa-lawa. macam-macam bentuk dan gambar ada. Selain itu, gambar blh customize sendiri. Atas permintaan sendiri. blh request sendiri.


Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan...

Saya rasa tidak menjadi kejanggalan jika saya mengucapkan salam Ramadhan buat semua walaupun Ramadan telah berlalu selama 11 hari. Kite berada di dalam bulan yang cukup mulia. Sematkan di dada dan hati sanubari untuk mendekatkan diri pada Allah. Saya dapat merasai nikmat Ramadhan ini. Alhamdulillah. Waktu pagi merupakan waktu yang cukup tenang. Peeerasaan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup membuat kite rs sayang untuk meninggalkan waktu pagi tersebut. kalau blh, biarlah sepanjang hari merupakan waktu pagi. Saya dapat merasai kenikmatan waktu pagi dini hanya di bulan Ramadhan sahaja. Jika bulan lain amat berbeza sekali. Syukur, aku masih dapat merasai kenikmatan Ramadhan tahun ini. Diharapkan saya dapat berjumpa Ramadhan akan datang.

Selang beberapa hari menyambut Ramadhan, sedara saya merangkap jiran telah pergi menyahut seruan Ilahi. Saya cuti pada hr tersebut. Saya datang ke rumahnya untuk melihat buat kali terakhir. Umurnyer sudah tua dalam lingkungan 80-an. Sakitnyer kencing manis, darah tinggi, jantung.... Kematian mungkin disebabkan serangan jantung sama seperti abah. Setiap kali org membuka kain putih untuk melihat wajahnyer setiap kali itulah saya merasa sebak. Mengenangkan abah yang telah lama pergi menyahut Ilahi. Saya mengimbas kembali detik abah pergi menyahut seruan Ilahi. pada tahun 2008. Saya baru beberapa bulan dapat keje tetap. Abah merupakan orang yang paling gembira apabila saya dapat keje tetap dahulu. Betapa sebak dada ini. Betapa pilu hati ini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya iringan ayat-ayat Quran kami adik-beradik hadiahkan buat bekalan abah di sana. Kami membaca sepanjang malam tanpa henti2 sehinggalah abah dikemubumikan pada keesokkan harinya. Itulah penghormatan terakhir yang mampu kami semua buat. Diharapkan Abah bahagia di sana. Kami adik beradik sentiasa mendoakan kebahagian abah di sana. Hadiah ayat suci al-q uran dan doa sentiasa kami susuri untuk bekalan abah di sana. Takdir Allah mengatasi segalanya. Saya Redha. Mak Redha dan abang-abang saya juga redha. Telah tertulis ajal maut di tangan tuhan.

Semoga Allah memberikan kenikmatan hidup berpanjangan kepada kita semua. Amin.

Mood Datang Kembali

Setelah hampir sebulan lebih blog ni dipenuhi sawang-sawang dan hampir2 ditutup, tuan punye blog kembali smula untuk berblog. Dalam jangka masa sebulan lebih ini berbagai-bagai perkara yang berlaku ke atas tuan punye blog menyebabkan blog ini sunyi tanpa catatan. Perkara yang berlaku merangkumi kerja harian tuan blog ini. Perancangan, kajian, pemeriksaan, pelaksanaan...... Semua proses ini terpaksa dilaksanakan bagi menjadi pekerja yang cemerlang. ce wah... hehehehe.



Betul lah apa yang saya tulis tu. Itulah hakikat yang berlaku di tempat kerja saya. Sekarang ni pun sebenarnyer still lagi melaksanakan proses di atas. Tidak diketahui sehingga bile. Bila saya dh bersara baru proses ni berhenti dalam hidup saya rsnyer. hehehe.. Dalam meniti hari-hari berlalu itulah, berbagai perasaan dan dugaan yang terpaksa saya tempohi. Keadaaan saya tidak tenang, tidak tenteram, sakit kepala, sakit jiwa, tekanan perasaan.... Semua perasaan bercampur baur. Emosi negatif yang benar-benar menghantaui jiwa ini. tidak dapat dibendung menyebabkan pemikiran saya tidak stabil. Hanya Allah tempat saya merintih dan memohon jalan penyelesaian untuk kebaikan bersama. Alhamdulillah, nampaknya sekarang saya dh jumpa jalan keluar. Masalah yang banyak telah berjaya diselesaikan satu per satu. dengan adanya orang sekeliling yang banyak membantu. tp still kene amik masa jugak. Syukur pada Allah. DIA lah yang telah mententeramkan jiwa saya selama saya sebulan lebih ini.


InsyaAllah saya akan kembali berblog semula mulai hari ini. ^.^