Thursday, February 9, 2012

Trip Toman ke Kuala Terengganu.... Hari Terakhir

Hari terakhir di Kuala Terangganu. Shopping memang tak sudah2. Lepas sarapan pagi, kitorng kaum perempuan ditemani acik(tukang bwk kete) g shopping. Destinasi pertama di Batu 6 semula. Atas permintaan Kak Jan. Tapi sebenarnyer semua shopping gak kat Batu 6 tu. Pastu terus ker Pasar Payang. Ramai giler manusia kat situ. Nasiblah dh beli ptg tu barang2 penting  kalau tak muntah dibuatnyer. Masa ni beli skit2 jer. termasuk periuk mak ngan kuali  induk. hehehe. Sebenarnyer ada hati lagi mak nak beli kuali kecik. tp takut bonet kete tak muat.... tu yang tak beli. Beli periuk jer satu. lebih kurang kul 11 lebih baru sampai hotel. Kitorng dh kene checkout dh. Kul 12.30 cmtu kitorng check out. 

Kitorng terus ker Seberang Takir beli Keropok lekor. Pastu ker Pasar Payang semula utk beli keropok keping. Dh selesai semua skali terus ker Masjid Terapung. Makan tengahari. Berkelah kat sana. Then solat semua bagai. Teruskan perjalanan balik ker Negeri Sembilan. Kul 5 ptg jugaklah bertolak balik. Sampai senawang kul 3 pagi. Tido sana. then pagi tu baru balik Kundur.

Ok.. Tamat utk Destinasi kali ni ke Kuala Terengganu. Destinasi seterusnyer Kelab Toman tunggu Green Light dari Bendahari Kelab. Coz, duit Kelab dh habis. Tunggu kumpul smula. hehehehe.....

Wednesday, February 8, 2012

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 3

Hari ke-3. Sarapan pagi nasik berlauk, nasi kerabu, nasi minyak. wush. memang kenyang perut makan jer kat sini. tak sempat nak lapar. dh makan semula. Kitorng g shopping kat Batu 6 dulu. G desa murni. Borong tudung. Memang murah2.. n cantik2... puas hati lah pegi sana. Pastu Kitorng plan ke Masjid kristal. Keluarga Induk lum penah g lagi. Kebetullan plak saya nak jumpa member lama kat sana. Nida. Dh lama sgt tak jumpa. lebih kurang 5 tahun tak jumpa. kitorng sampai sana dh tengahari. kebetullan plak ada Sultan datang sana. Ramai org. Saya g jumpa Nida. Mak, induk, wan, mira, dini n Asma' g tgk masjid kristal. Yang lain-lain lepak kat parking kete. duduk-duduk n makan-makan lagi. Kejap jer sy jumpa Nida. Masa tu pun dh ramai org. borak2 lah psl kehidupan memasing. Sempat gak nida bagi ole2. terima kasih yer. Nida, nanti kite jumpa lagi erk.

Berkelah di parking Masjid Kristal bersama ketua rombongan

Induk pogang nasi utk bagi kat acik... lapar beb acik ckp....

Budak-budak berposing

Pastu lebih kurang kul 4 kitorng g check in hotel Sumai. Saya memang nak ke pasar payang. Nak beli brang org kirim. So, lebih kurang kul 5 tu, kitorng kaum perempuan mohon kaum bapa hantar kitorng ke Pasar payang. Hantar jer then nanti kitorng call bile nak balik. Kebetullan hotel tu ada swimming pool. Diorng kaum adam memang nak mandi lah. So, diorng setuju. Saya memang tak bwk aiman ngan anas. Diorng ikut che usop mandi. Aman skit den nak shopping. hehehehe. Hotel Sumai ngan Pasar payang tak jauh pun. dalam 5-10 minit jer. tu yang syok tu. Kitorng shopping sampai senja. Pasar Payang tutup malam. die sampai petang jer. Pastu terus g beli makanan malam makan kat hotel. Malam kitorng duk kat hotel jer. rehat.. relaks.....

Tuesday, February 7, 2012

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 2

Hari ke-2 di Kuala Tereangganu. Kitorng sampai kat bandar Terengganu dh tengahari. Kitorng terus menuju ke Pasar Payang. Niat di hati nak naik sampan ke Masjid kristal. Selalu ada bot penambang kat Pasar Payang tu. B.long g tanya lah kaunter bot. Rupenyer kene tunggu beb. Die ada time-time nyer. Adus, bab menunggu ni memang masalah bagi kami coz dgn budak2 lagi. Tak larat nk tunggu. So, kitorng terus reject plan nak ke masjid kristal dengan bot. 

Kaum perempuan kalau dh tgk kain2 ni biasalah kan mcm ada tarikan utk tgk lebih dekat. So, kitorng pun jalan-jalan lah kat atas bangunan tu. Bangunan ni sebelum sampai pasar payang. Area Pejabat Pos tu. Wan beli kain batik ngan kak Ani. Mak plak beli kain pasang batik. Cantik. ada yang sy berkenan jugak.. harga Rm250. tp masa tu cm takde mood nak shopping. SO, pilihkan mak jer... Baju tu dalam RM200. memang cantik. Memang lama lah kitorng berkampung kat kedai tu. Kebetullan plak peniaga die peramah. cite punye cite rupenyer sebaya beb. hehehe...kelakar betul. Sy ingtkan die tua dr saya. Saya rs diri ni cm bebudak jer tp dah ada anak 2..... Die plak kelihatan seperti dh berusia jugak tp belum kahwin. yelah, nasib memasing. Lebih kurang kul 1.30 rsnyer duduk situ. 
Parking kete kat bawah tanah. Area Pasar Payang
Lepas tu kitorng pegi rumah kawan B.long kat Marang. B.long ngan Kak ani memang dh lama menetap kat terengganu dulu. so, ramai kengkawan ler. Kitorng siap makn tengahari lagi kat rumah kawan B.long. Pastu terus singgah masjid. Solat semua bagai dan terus kan perjalanan ke Penarik. Makan makanan laut celup tepung. Memang marveles lah. Siap suh b.yo g beli lagi ikan celup tepung. Mana taknyer, duduk kat tepi laut, angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati makanan. Tak  sampai 1/2 jam makanan tu masuk ke perut. sebijik cm ikan toman makan... Dahsyat tul. 

Pantai Penarik

Aksi budak-budak... Terselit lak acik

Suka budak-budak main pantai

Lebih kurang senja cmtu, kitorng terus ke Musafir Homestay aka Rumah B.long. Sebenarnyer b.long sewakan rumah die. then org tu yg buat homestay. rumah 3 bilik 2 bilik air. 2 bilik ada aircond. Keadaannyer selesalah utk family yg besar cm kitorng. Malam tu kitorng pegi minum air buah gelas besar. Kat sini, mintk jer nk air buah apa, semua ada. Tp kedainyer buruk jer. sy rs cm tak berapa nk selesa dengan environment kedai nie. Nampak cm kotor skit tp ramai jer org dtg. Kitorng memang minum air jer... ada lah makan skit2 jer. Pastu terus balik homestay lebih kurang kul 11 sampai sana. Apa lagi tido ler......

Keluarga Induk...

Ketua rombongan memberi penerangan.. hehehe

Air Buah Durian Belanda. Bukti Air Buah Gelas besar