Majlis Kenduri Doa Selamat + Birthday Aiman

Seperti yang diwar-warkan di dalam fb saya. Hari Ahad hari tu kitorng bt majlis sambutan hari lahir Aiman. Sebenarnyer, dh lama plan.. tp tak berkesempatan. Sambutan hr lahir Aiman ni pun secara kebetullan... Mak rancang nak bt kenduri doa selamat sempena Bushaina yang dh sihat dan B.long dh dpt jadi Pensyarah. So, skali lah buat. Majlis ni dibuat pd tengahari. Tak jemput ramai. Cume jemput imam untuk baca doa dan selebihnyer kaum kerabat sendiri.

Sebenarnyer agak kelam kabut jugak buat kenduri ni. Yo lah seminggu mak duduk kat rumah b.yo coz bantu jaga anak b.long. So, rumah dh tinggalkan selama seminggu. Hari Jumaat ptg baru dpt balik kg. Ms ni lah nak kemas rumah, basuh pinggan mangkuk bagai. adus.... Kebetullan plak kek ngan jajan Aiman semua tak boli lagi.. So, Sabtu tu kitorng ke Seremban. G beli jajan kat kedai borong. Pastu terus ke Secret Recipe utk kek Aiman. Kitorng pilih Kek Choc Chip Walnut. Harga biasalah. Rm79. tp puas hatilah coz memang licin kek tu. tuan rumah pun dpt rasa skit jer... Syukur... Pastu tempah kuih talam keladi + agar-agar cendol. Kuih ni pun best. So, kalau nak kenduri lagi nanti leh tempahlah kuih nie. hehehehe. Layan jer lah gambar-gambar nie... malas plak nak tulis panjang-panjang....

Kredit pada kumpulan membantu basuh pinggan mangkuk. rs cam kenduri kahwin plak.. siap ada buat penanggah. hehehe

Ni suasana bila budak2 ni dh dpt makan kek. Diorng masuk kat dalam rumah.


Suasana sebelum nyanyi lagu hari lahir. Anas yang gosok-gosok mata coz nak tido dah.


Ni lah kek Chocolate Chip Walnut kat Secret Recipe. 2kg. RM75 +RM4(Tax Gov).Berbaloi beli.sedap.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....