IKIMfm

Radio IKIM ni saya dengar waktu pagi jer. Masuk jer kete. Start enjin. Pastu Sementara nak tunggu enjin panas, baca doa naik kenderaan dengan bismillah syifa. Then baru pasang radio ikim serta aircond. Pastu mulakan perjalanan. Biasanye ada zikir, mutiara kata, teka-teki, tazkirah. Best. Moga perjalanan saya ke tempat kerja sentiasa dirahmati Allah.
Sekarang ni saya amik WP1 iaitu punch-in pukul 7.30 and punch-out pukul 4.20. Saya akan gerak daripada rumah antara pukul 6.30- 6.45. Kalau lambat daripada ni memang kene pecutlah jawabnye. Setakat ni, Alhamdulillah kad saya belum merah lagi. Means sempatlah punch-in sebelum pukul 7.30. hehehe. Memandangkan saya masuk awal pagi, so saya dh miss motivasi pagi di radio IKIM. Coz rancangan tu dibuat pada pukul 7.30pg. Tp saya dapat dengar ceramah pagi tentang hadis-hadis nabi. Kire oklah. Ada gak usrah di pagi hari sebelum saya memulakan keje.
Jom kite tukar channel radio ke IKIM fm di frekuensi 102.7 untuk Negeri Sembilan. Kite jugak boleh dengar melalui online di laman web http://www.ikimfm.my
Comments