Percutian Ke Sabah...... Hari Ke-4(9/10/2011)


Hari terakhir kitorng di Sabah. Malam tadi dh kemas separuh baju. Pagi-pagi bangun terus kemas baju. Susun dalam beg. Memang muatlah. Kitorng g sarapan pagi kul 8. Dh selesai sarapan pagi. Naik blik then terus amik beg pakaian semua. Dh janji ngan Che Duccan(Driver Ulang alik ke Airport) pukul 9.00 pagi. Ada satu tempat yang kitorng tak pegi lagi iaitu Pasar Gaya. Pasar ni dibuka pada hari Ahad. Sampai tengahari jer. So, Che Yusof minta Che Duccan berhentikan kitorng kat Pasar Gaya sekejap untuk last minute shopping. Die bagi masa kat kitorng 20 minit. So, kitorng apa lagi. Cepat2 lah membeli belah. Barang yang sempat kitorng beli ialah Beg selendang, Kain batik 2 helai, mainan Aiman, butang baju melayu(mutiara) ngan dompet. Pastu kitorng terus ke Airport. Flight pukul 10.55. Bye bye Sabah. Perjalanan mengmbil masa 2 jam 20 minit. Lama jugak. Kitorng di pick-up oleh Abg Zali sekeluarga. Terima Kasih. Kitorng terus ke Taman Kemuning(Rumah Mak Mertuaku).  Lebih kurang kul 4 lebih,  baru balik Kundur.


Alhamdulillah selesailah percutian kami. Percutian yang paling jauh untuk tahun ini.  Saya telah melancong di semua negeri di Malaysia. Syukur pada Allah. InsyaAllah, kitorng akan melancong lagi bagi merapatkan ukhwah keluarga di masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur