Percutian ke Sabah.... Hari Kedua (7/10/2011)


Hari kedua di Sabah. Solat subuh masuk kul 5 pagi. awal sungguh. Waktu syuruk pun awal. Kalau tgk kul 6 pagi dh terang cm kul 7 kat sini. kitorng nak habiskan shopping untuk yang terakhir pagi tu coz nak bt aktiviti lain plak utk hari seterusnya. mandikan budak2 ni then terus turun breakfast. Menu breakfast best jugak. Nasi kunyit bersantan + kurma ayam. Ni antara menu yang saya suke. Best jugak. Tp seperti biasa masakan nyer memang takde pedas. Dah selesai breakfast semua, kitorng jalan kaki ke pasar philipine. ulang balik shopping yang semalam. Kali ni dapat harga murah dr smlm. Saya hanya membeli untuk org lain tidak untuk diri sendiri. Takdelah minat sgt nak pakai mutiara. kalau emas, den laju jer.... hehehehehe.daatlah beli ole2 skit utk adik beradik ngan sepupu. sebagai tanda peringatan.......

Dah selesai membeli semua skali... Kitorng round kat sekitar kawasan.... kitorng g pasar buah-buahan, kerepek2 ngan wisma merdeka. Saje ronda2.. sebab dekat ngan hotel kitorng. takyah sewa teksi. Jalan kaki jer. Pastu kitorng pesi Suria Sabah. Jalan2 sambil beli makanan tghari. Lebih kurang kul 12 lebih kitorang balik hotel untuk bersiap2 mengikuti pakej yang kitorng amik.

Tempat lawatan yang pertama adalah di Probosis Monkey. Probosis Monkey ni terletak di KLIAS. Untuk ke sana kitorng naik bas yang disediakan. Kitorng adalah org pertama yang naik bas. Pastu g jemput org lain kat hotel lain. Tp percayalah. kitorng jer org Malaysia n Kitorng jer org Islam. hebat kan..... Kitorng join ngan org oversea terutama org kulit putih. Anas adalah org pertama yang cuak coz pertama kali naik bas... hahahahaha. Dalam bas, ada instructor. Die yang bagi detail tentatif program pada hari tu. Sampai kat Kg KLIAS tu kitorng kene jalan kaki untuk ke Jeti. Takde lah jauh sangat nak jalan kaki. Jalan nyer memang sempit.. hanya blh bawak motor jer. Tu yang kitrng kene jalan kaki. Tempat Jeti tu ada restoran. Memang disediakan khas untuk org2 yang nak tgk Probosis Monkey. Kitorng dipecahkan pada 2 group. Kitorng naik Bot kecik. group yang satu lagi, naik Kapal Besar. Kitorng diberi minum petang dulu. Menu air kopi, air teh, goreng pisang dan goreng keledek. Sedap jugak. Rangup. Dah selesai makan, kitorng pun diajak naik bot. Setiap org kene pakai baju keselamatan sebelum naik bot. Kitorng naik bot bersama org Jepun. 


Perjalanan kami dengan bot ni diketuai oleh Mr Kelly. So, sepanjang perjalanan menaiki bot tu kitorng disajikan dengan Probosis Monkey. Beza Probosis Monkey ngan Monkey adalah di hidungnye. Probosis Monkey mempunyai hidung yang panjang. Seronok. Kite kene cari kat mana probosis Monkey tu. dlm hutan. Kitorng memang tak turun. tgk dari dalam bot jer. Mata kene teranglah. Kiri kanan hutan belantara. Memang seronok. Lama jugaklah kitorng dalam bot tu. Anas dengan Aiman memang suke. Takde meragam. semangat diorng mencari probosis monkey tu. Hati saya masih memikirkan tempat kerja. Sempatlah jawab telefon dr dalam bot psl urusan keje. huhuhuhu.



Lebih kurang pukul 6 ptg, kitorng pun turun dr bot. Makan malam kat Restoran yang berdekatan dengan Jeti. Kat situ memang takde tmpt shopping. Jimat duit beb. So, makanlah apa yang ada. Tp menu nyer Ok lah. Blh diterima oleh tekak w'pun tak pedas. hehehe. Dah makan semua kitorng turun semula ke Jeti. Naik bot semula untuk tgk kunang-kunang plak. Sekejap jer lah. dalam 20 minit kitorng dalam bot. Pastu kitorng pun naik semula ke Jeti... Untuk pulang.........Kitorng sampai kat hotel smula lebih kurang kul 9 lebih.

Comments

amiey lee said…
wahhh best nye-ni sabah area mana ?
myszai said…
Kitorng stay kat Kota Kinabalu. Pastu g jalan sekitar KLIAS ngan kat kawasan Kaki Gunung kinabalu. Siap pergi air panas lagi.. best....

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....