Hari Anugerah Kecemerlangan Aiman

Hari Ahad yang lepas(20/11/2011) telah berlangsungnyer temasya Hari Kecemerlangan Tadika Era Kreatif(TEK). Kami sekeluarga telah dijemput untuk meraikan temasya tersebut. Ia berlangsung di Auditorium Taman Budaya. Sebenarnyer keadaan kesihatan saya tidak berapa mengizinkan saya ke sana. Tetapi demi Aiman, saya gagahkan juga diri ini untuk hadirkan diri. Saya demam sejak balik dari Mesyuarat di Kuala Lumpur(Jumaat).  Badan seram sejuk. Telan panadol kalau dh tak tahan. Sy memang jenis jarang ke klinik. Bukan takut tp malas nak menunggu lama-lama kat klinik.

Berbalik kepada cite Hari Kecemerlangan Aiman. Kitorng sampai kat sana agak lewat jugak dalam kul 2.45ptg. Majlis bermula pukul 3.00 ptg. Teacher memang dh siap pesan untuk pakaikan Aiman baju sukan sekolah ngan kasut. Sampai jer sana terus register n dapat no cabutan bertuah beserta buku program. Kami masuk dewan tgk dh ramai org. Dapatlah tmpt duduk belakang. Saya dan Che Yusof tidak menyangka yang Aiman memenangi Piala Pusingan Delima untuk Kategori 4 tahun. Terkejut jugak masa tgk Buku Program tu nama Aiman terpampang. Dalam hati rasa syukur dengan pencapaian Aiman. Terima Kasih Aiman. Sebagai tanda penghormatan, saya telah dijemput untuk duduk bersama-sama Guru Besar Aiman dan 2 lagi ibu bapa di kerusi VIP. Alhamdulillah. Kami sebagai ibu bapa juga dijemputkan untuk memberikan hadiah kepada anak-anak TEK seterusnya memberikan hadiah untuk cabutan bertuah. Besar sungguh penghormatan yang pihak TEK berikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cemerlang. Terima Kasih TEK. Majlis penyampaian Hadiah diselang seli dengan persembahan daripada pelajar-pelajar TEK.  Layan gambor lah yer......












Terima Kasih kepada semua teacher di TEK kerana telah mendidik dan membimbing Aiman... Terima Kasih yang tidak terhingga......

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....