Kembali bekerja

Saya dh memulakan kerja sejak hari Isnin yang lalu setelah MC selama 2 minggu. Sebenarnyer kalau ikutkan doktor die nak tambah MC saya lagi seminggu. Tp saya tak nak. Saya terpaksa bekerja jugak coz saya rs 2 minggu MC tu dh terlalu lama sangat. Banyak sgt kerja-kerja yang terbengkalai. Nasib ada assistant saya  Azizie yang banyak membantu sepanjang saya MC. terima kasih. Sebenarnyer, sepanjang saya berkhidmat dengan Kerajaan iaitu sejak 2008 sehingga sebelum kena chicken Pox ni memang saya tak pernah amik MC kecuali waktu bersalin Anas. Inilah MC yang terpaksa saya amik. Even, masa sy pregnant kan Anas pun saya memang tak amik MC. Saya amat suka bekerja. 

Masa saya jumpa doktor sebab Chicken Pox tempoh hari saya nak amik MC sekejap jer.... takde lah sampai seminggu Tp doktor nasihatkan saya untuk amik MC seminggu sebab kesannyer...Ni kan penyakit Berjangkit.... Minggu ke-2 saya MC sebab lain plak.. sekarang saya dalam tempoh berpantang. Menurut mak saya, saya terpaksa berpantang selama sebulan. Setiap hari saya bawak bekal makanan dari rumah. Saya masih menjalankan rawatan di klinik lagi. Pemantauan kesihatan saya masih dilakukan. Sepanjang saya terkena Chicken Pox nie, Klinik Sukhilmi menjadi pilihan saya. Klinik ini adalah Klinik Pakar. Saya masih mempunyai appointment dengan Doktor Sukhilmi ni bagi memantau tahap kesihatan saya. Saya rs sungguh selesa dengan servis yang dibuat oleh klinik ini. Semasa saya dimasukkan ke wad, nurse-nurse nyer sangat2 lah peramah dan baik hati. Saya sangat suka. Doktor yang merawat tidak kurang baiknyer. cara doktor berinteraksi dengan pesakit memang sungguh berkesan. Doktor ni ckp perlahan dan penuh dengan diplomasi dan lemah lembut. Walaupun doktor ini seorang lelaki, tetapi saya anggap mcm peringkat ayah mertua saya. Usia doktor ni dalam 40-an. So, takdelah malu sgt. Tp kalau dh sakit, perasaan malu tu hilang jugak....

Saya mengharapkan kesihatan saya seperti dulu. Dalam keadaan sekarang, saya terbatas untuk melakukan kerja-kerja yang berat dan kerja-kerja yang mempunyai pergerakan yang banyak. Saya terpaksa lebih duduk di ofis. Ya Allah, aku memohon keampunan dariMU. Berikanlah kesihatan yang terbaik kepadaku. Amin......

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur