Kerja + Dateline + Penandaaras

Skrng ni amatlah jarang dpt sy berblog. Keje di ofis yang semakin bertambah dan bertimbun menyebabkan balik rumah tak sempat nak bukak lappy. Badan penat. Boleh katakan tiap2 hari ada meeting. Kalau meeting mesti kene ada buat keje yang ber dateline. So, skrng ni kerja kene lebih hard and smart. Pengurusan baru. 



Saya syukur hari ni paperwork saya untuk buat penandaaras telah diluluskan. Alhamdulillah.  Sebenarnyer lawatan penandaaras adalah perlu bagi organisasi yang baru ditubuhkan. Byk perkara yang boleh kite pelajari dengan membuat lawatan penandaaras ni. Memang dh lama nak buat lawatan ni tp masa tidak mengizinkan. Skrng ni dh masuk kampus sebenar, jadi skop kerja semakin bertambah. Mcm2 bende nak buat utk tingkatkan mutu & kualiti kerja tp apakan daya saya ada azizie jer utk membantu. Kami sedaya upaya cume memaksimumkan fungsi unit kitorng untuk unit-unit yang lain. Tp biasalah, kitorng tak dpt nak penuhkan hati semua orang. Kitorng buat selagi ada daya upaya kitorng jer..... harap kawan2 semua memahami situasi kami ini. 

Berbalik kepada lawatan ni. Kitorng plan nak pegi awal bulan Februari. Lokasi di Sabak Bernam. Tido sana semlm. Harap2 apa yang dirancang berjalan dengan lancar.......

Alamak, SKT Unit tak siap lagi.. Dateline 16/1/2011. Adus....... Maklumat untuk MQA pun tak siap lagi.... Dateline 13/1/2011 dan 16/1/2011. Nak kejar kontraktor lagi... ada kerja diorng tak selesaikan lagi... 
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya. Amin....


Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur