Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 1

Alhamdulillah dapat jugak kitorng menjayakan trip ke Kuala Terengganu ini setelah ditangguhkan pada hr krismas yg lalu. Syukur. 4 kereta yang terlibat iaitu Naza Forte, Avanza, Wira SE dan Wira Aeroback. Keluarga yang terlibat pula ialah Keluarga Induk, Keluarga B.long, Keluarga B.yo dan Keluarga Che Usop termasuklah mak n wan. Kitorng bertolak pada petang Jumaat (20/1) sebelum solat maghrib. Kitorng berkumpul di Stesen Petronas sebelum Jalan ke Kuala Pilah. Hanya keluarga b.yo jer bertolak dr Bentong. Best jugak berjalan malam. Suasana sejuk jer. Dah lama tak jalan malam-malam cmni. Kitorng berhenti solat di  R n R Muadzam.
Kitorng telah menempah rumah Maksu di Kerteh untuk bermalm di sana. Lebih kurang pukul 1 pagi kitorng sampai. Kitorng disambut dengan senyum yg melebar oleh Mak Su sekeluarga. Sampai2 jer sana terus tido. Semua driver dh tak larat. mengantuk terutama che usop n achik. Suasana rumah MakSu memang suasana kampung. Sejuk... memang kene pakai blanket kalau tak menggigillah kesejukkan. Sebenarnyer kalau kitorng ke Terengganu biasanyer akan bermalam atau singgah rumah Maksu. Maksu ni adik arwah abah sama mak. Sambil-sambil berjalan boleh berziarah. Anak MakSu ni ada 6 orang. 2 dh berkahwin. Anak bujang die sorang jer. yang lain semua pempuan. Kami sempat bersarapan di Rumah Maksu. Die jamu kami mihun goreng n cekodok udang. Saya memang berselera kalau MakSu masak. Masak apa ajer mesti sedap terutama ikanlah. Yelah kat sini kan ikan  n makanan lautnyer semua fresh... sedap.....Lebih kurang kul 9 pagi kitorng keluar dari rumah MakSu ke Kuala Terengganu. 
 (Sumber gambar ehsan dari che google) 

To Be Continue......

Comments

B.YO said…
MMG LAAA SODAP JLN MLM.. DREBARRRR YO YG BERJAGO... YG LAIN LOLAP.. SELOLAP EH... TERUTMO BINI USOP....
myszai said…
Bukan tido tp tgh rehatkan minda.
myszai said…
Bukan tido tp tgh rehatkan minda.

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur