Wednesday, February 8, 2012

Trip Toman ke Kuala Terengganu Part 3

Hari ke-3. Sarapan pagi nasik berlauk, nasi kerabu, nasi minyak. wush. memang kenyang perut makan jer kat sini. tak sempat nak lapar. dh makan semula. Kitorng g shopping kat Batu 6 dulu. G desa murni. Borong tudung. Memang murah2.. n cantik2... puas hati lah pegi sana. Pastu Kitorng plan ke Masjid kristal. Keluarga Induk lum penah g lagi. Kebetullan plak saya nak jumpa member lama kat sana. Nida. Dh lama sgt tak jumpa. lebih kurang 5 tahun tak jumpa. kitorng sampai sana dh tengahari. kebetullan plak ada Sultan datang sana. Ramai org. Saya g jumpa Nida. Mak, induk, wan, mira, dini n Asma' g tgk masjid kristal. Yang lain-lain lepak kat parking kete. duduk-duduk n makan-makan lagi. Kejap jer sy jumpa Nida. Masa tu pun dh ramai org. borak2 lah psl kehidupan memasing. Sempat gak nida bagi ole2. terima kasih yer. Nida, nanti kite jumpa lagi erk.

Berkelah di parking Masjid Kristal bersama ketua rombongan

Induk pogang nasi utk bagi kat acik... lapar beb acik ckp....

Budak-budak berposing

Pastu lebih kurang kul 4 kitorng g check in hotel Sumai. Saya memang nak ke pasar payang. Nak beli brang org kirim. So, lebih kurang kul 5 tu, kitorng kaum perempuan mohon kaum bapa hantar kitorng ke Pasar payang. Hantar jer then nanti kitorng call bile nak balik. Kebetullan hotel tu ada swimming pool. Diorng kaum adam memang nak mandi lah. So, diorng setuju. Saya memang tak bwk aiman ngan anas. Diorng ikut che usop mandi. Aman skit den nak shopping. hehehehe. Hotel Sumai ngan Pasar payang tak jauh pun. dalam 5-10 minit jer. tu yang syok tu. Kitorng shopping sampai senja. Pasar Payang tutup malam. die sampai petang jer. Pastu terus g beli makanan malam makan kat hotel. Malam kitorng duk kat hotel jer. rehat.. relaks.....

No comments: