Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :2 April 2015

Kami bangun pada pukul 3.00pg utk siapkan  diri ke masjid Nabawi. Amat rugi sekiranya peluang yg ada tidak direbut. Banyak pahala di depan mata. Syukur ya Allah diberi peluang kepada kami sekali lg untuk menjejak kaki ke tanah suci ini.  Subuh disini pada pukul 4.50pg. Suasana tenang wlapun dibanjiri dengan  umat islam seluruh pelosok dunia. Sesiapa sahaja memasuki masjid Nabawi akan terpegun dengan ukiran buatan nyer dan akn wujud satu perasaan tenang di dalam jiwa kita. Ya Allah, tidak dapat diungkapkan  dengan kata2. Perjalanan di antara hotel mubarak silver dan masjid nabawi tidaklah jauh. Hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja tetapi harus diingat jemaah dinasihatkan pergi ke masjid 1 jam awal bg mengelakkan kesesakan kerana almaklumlah seluruh dunia umat islam membanjiri masjid nabawi ini pada setiap hari. Harus diingat bahawa jika ingin memasuki mana2 pintu masjid nabawi mesti melalui penjaga masjid utk spot check.


Tips yg mudah ialah pastikan kite membuka terus beg galas bg memudahkan urusan spot check. Kebiasaannyer brg yg dilarang bawa ialah botol air yg besar utk isi air zam2, alatulis, gunting dll. Buat masa ini telefon berkamera meme tidak ada masalah utk bawa tp jgn ditunjukkan sangat. Kemudian, pastikan bawa uncang kasut utk memudahkan simpanan selipar. Pada  pukul 7.30pg, aktiviti ziarah dalam dimulakan.  Ziarah dalam ialah di raudhah dan perkuburan baqi. Perkuburan baqi hanya utk lelaki sahaja manakala raudah blh dimasuki oleh perempuan dan lelaki. Raudhah nerupakan taman2 syurga dengan erti kata lain ialah berziarah di maqam nabi. Harus diingat, bukan senang utk memasuki raudhah bg perempuan. Ada jadual dan dikawal ketat oleh penjaga masjid. Kene ikut giliran. Biasanya penjaga masjid akan kelompok2 dalam kumpulan cthnyer org asia, org arab, pakistan dll. Org asia termasuklah indon, malaysia. Apabila ingin memasuki raudhah, mesti dibekalkan dengan  kekuataan fizikal jugak. Tetapi percayalah rahmat Allah itu luas. Mohonlah untuk permudahkan segala urusan. InsyaAllah, Allah akan bantu utk mudahkan kite masuk ke raudhah. Lebih kurng 1 jam baru selesai dan kembali ke hotel semula. Tips utk ke raudhah sbg panduan ialah pegi pada pkul 7 pg ke atas, pakai jubah hitam. Tiru style org arab berpakaian. Biasanyer Keutamaan utk masuk raudhah diberikan pada org arab.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....