Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :4 April 2015
Bermula dengan solat subuh di Masjid Nabawi. Kemudian, kembali ke hotel utk sarapan pagi. Che usop nak hantar baju skit ke laundry. Kami hantar laundry utk 4 helai sahaja. Pihak hotel memutuskan rm4/ helai. Belasahlah yg penting baju dpt dibasuh. Pagi tu ada proram ceramah agama dan tahlil arwah. Saya n suami decide nak masuk raudhah dulu . So nampak gayanyer terpaksa korbankan ceramah agama. Alhamdulillah, saya dpt masuk raudhah walaupun mengelinap masuk dan serangan tolak menolak berlaku oleh bangsa asing. Selesai sumenyer lbh kurng pukul 9.15 pg. Kemudian, kami balik ke hotel utk dgr ceramah agama. Lega kerana dapat juga dgr ceramah. Ceramah habis sehingga pukul 10.00 pagi. Lepas itu rehàt di bilik sementara menunggu waku zohor. Biasanyer saya dan suami pegi sejam awal ke masjid. Pada selepas waktu asar, kami ronda2 kawasan masjid. Che usop pegi berziarah perkuburan baqi '. Saya tunggu di luar. Selesai ronda2 kami pun terus balik ke hotel. Kami bersiap2 utk ke masjid menunaikan solat maghrib. Kebiasaannyer, kami tidak balik ke hotel lepas maghrib. Kami akan balik selepas solat isyak. Then terus ke dewan makan kemudian rehat. Itu lah rutin harian kami di madinah.
Comments