Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :5 April 2015
Kami telah dimaklumkan oleh mutawif akan berangkat menunaikan umrah pada pukul 2.30 ptg. Beg sume dah kemas dah. Kami decide utk ke raudhah lg pagi tu. Lebih kurng pukul 7 lebih kitorng pegi sambil tu bwk beg turun terus ke lobby hotel. Kami selesai ke raudhah dalam pukul 9.30 pg. Kemudian balik bilik. Kami telah mendapat perkhabaran yg tidak baik dr Malaysia. Arif masuk wad sbb semput. Ya Allah. Tiada daya dan upaya saya pada ketika itu. Asyik memikirkan arif. Kami berdoa byk2 pada Allah utk kesihatannyer. Lebih kurng kul 11 kitorng bersiap2 dan mandi sunat ihram utk ke masjid solat zohor diikuti dengan ziarah wida' pada Rasulullah. Pukul 2.30 ptg kami bertolak ke Mekah dgn menaiki bas. Perjalanan mengmbil masa lbh kurng 5-6 jam. Bermiqat di bir ali dan solat sunat ihram di sana. Di dalam perjalanan, singgah makan nasik arab dan terus ke Mekah. Kami sampai di Mekah lebih kurng pukul 10.30 mlm.umrah tetap dilakuka malam itu juga. Kami menginap di hotel hilton. Alhamdulillah, hotel ke masjidilharam hanya 50meter sahaja. Kami selesai melakukan umrah pada pukul 2 pagi. Kami balik hotel n dptlah tido selelap. Kami dpt berita arif kemungkinan kene masuk picu. Berita diterima ketika kami membuat umrah. kami baca whatsapp lambt tp selepas itu tak jadi masuk kerana keadaan die stabil. Alhamdulillah. Lega skit dengar. Selepas itu kami ke masjid utk solat subuh. Dalam kepenatan, kami sempat buat tawaf sunat juga. Syukur pada Allah.
Comments