Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :7 April 2015

Seperti biasa kami bangun pukul 3.30pg utk bersiap2 solat subuh. Lepas solat ke tmpt makan. Mutawif telah maklumkan bahawa hr ni akan buat umrah ke 2 yg bermiqat di masjid tana'im (masjid saidatina aisyah). Kami berkumpul pukul 6.45 pg. Mutawif memaklumkan bas tidak blh menunggu di hotel hilton kerana laluan utama jalan. Jadinyer kami terpaksa jalan kaki skit ke bwh jambatan. Tak jauh pun sebenarnyer. Siap naik escalator lagi. Perjalanan ke masjid tana'im lebih kurng 20 minit sahaja. Solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram di sana. Mutawif cdngkan kami berniat di dalam masjid sahaja secara bersendiri. Kami masing2 buat badal umrah. Saya buat badal umrah utk arwah abah dan hubby buat badal umrah utk nenek nyer. Lebih kurng pukul 8 lebih kitorng sampai ke masjidilharam smula utk melakukan rukun umrah. Kami decide utk buat secara sendri tanpa ikut mutawif.

Alhamdulillah, selesai lebih kurng jam 10 pagi. Kami balik ke bilik utk bersihkan diri dan bersiap2 ke masjid smula utk solat zohor. Terasa sakit belakang n kaki hanya Allah saje yg tahu. Sesungguhnyer, dgn pengorbanan kesakitan yg dialami ini badal umrah yg saya buat diterima Allah. Amin. Sebenarnya keadaan di  masjidilharam ini byk tmpt solat yg ditutup kerana kerja2 pembesaran masjid dan dijangka siap pada 2016. Masjidilharam ni memang besar asalnyer tp diorng nak besarkan lagi kerana umat islam yg dtg ke mekah berduyun2 tak kire masa. Makin ramai org. Jemaah perlu dtg ke masjid 1 jam awal dr waktu solat. Kalau tidak, kene solat di dataran lah jwbnyer. 
Di mekah, pintu masuk masjid tidak mengira jantina. Lelaki dan perempuan blh masuk jer mana2 pintu cume tmpt solat diasingkan skit. Mungkin selepas pembesaran masjid ni akan diasingkan perempuan dan lelaki kot. Tp saya rasa ok jer. Takde masalah pun. Rsnyer kalau campur lelaki perempuan utkmasuk masjid senang jugak. Blh masuk sama pasangan. Tkdelah terpisah. Masjid ni besar. Memang silap haribulan blh sesat dibuatnyer. Tolong jgn cakap besar yer. Keadaan dalam masjidilharam memang unik. Sama mcm masjid nabawi. Setiap kali melangkah masuk ke masjidilharam dan masjid nabawi, hati saya menjadi tenang. Rs tknak balik bilik. tk dpt sy nak ungkap dengan kata2.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....