Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :8 April 2015

Hari ini ziarah luar. Melawat jabal thur, jabal rahmah, mudzalifah, padang arafat, jabar nur dan masjid ja' ranah utk buat umrah lg. Kami melihat dr jauh sahaja jabal thur n jabal nur. Manakala jabal rahmah kami mendaki bukit sampai ke puncak. Berdoa di sana. Selepas itu turun smula. Lebih kurng 1/3 jam sahaja g jabal rahmah. Kemudian terus ker kwsn mudzalifah dan pdg arafah. Ini pun tgk atas bas sahaja. Di mana kawasan ini merupakan jemaah haji akan dtg ke sini utk berkumpul pd 9 zulhijjah. Kawasan padang arafah ini lapang dan ditumbuhi dgn pokok2 hijau sahaja. Jemaah haji akan kutip batu di mudzalifah. Kwsn mudzalifah dan padang arafah adalah tmpt yg berhampiran sahaja. Apabila musim haji, akan dipasang khemah utk jemaah haji berlindung. Kemudian kami terus bergerak ke masjid ja'ranah untuk bermiqat di sana. Umrah kali ke 3 bersama mutawif. Jika pergi dgn pakej andalusia, mutawif akan bimbing sehingga 3 kali umrah. Memang dh masuk skali dgn pakej. Saya dan suami buat badal umrah lagi. Saya buat utk arwah wan terengganu dan suami untuk arwah atoknyer.


Kitorng sampai di hotel pukul 10.30. Siap2 diri dan terus ke masjid. Kami buat secara sendri tanpa mutawif. Badal umrah kali ini memang penuh cabaran. Semasa tawaf, nak masuk pusingan ke 3 suami dh terbatal. Saya teruskan tawaf sehingga 7 kali sementara suami g amik wuduk smula. Kami berjanji jumpa smula di belkng makam ibrahim. Apa yg terjadi ialah polis masjid tidak benarkan perempuan duduk di situ kerana waktu solat zohor sudah dekat. Kawsn blkng maqam ibrahim dikhaskan utk lelaki sahja. Adus. Saya pun terus ke tmpt sai'e. Tunggu my hubby di sana. Kitorng mulakan sai'e sblm solat zohor. Dah selesai pusingan ke 2 tetiba hubby hilang. Meme org ramai sgt masa tu. Saya pun tk berfikir pnjng lg terus berjalan jugak tanpa ditemani hubby. Saya tak takut kerana akhir sai'e di bukit marwah. Jadi mesti jumpa di bukit marwah. Pada pusingan ke 3, azan zohor. Terus berhenti solat zohor dulu. Hubby tidak jugak jumpa. Selepas solat, saya meneruskan perjalanan sehingga pusingan ke 7. Tamat di bukit marwah. Setiba di bukit marwah, hubby dh tunggu. Lega. Selesai pukul 1.30 tghri. Perut dh berkeroncong. Semasa jalan balik nak amik selipar, terserempak mak hanif (staff my hubby). Bersalaman sume n terus bergerak ke tmpt selipar. Sekali lg diri ini diuji. Selipar dirembat org. Saya letak dalam uncng yg sama ngan my hubby. Selipar my hubby ada tp selipar saya diambil org. Redha. Sedekahlah. Kemudian, kitorng terus balik hotel dgn saya berkaki ayam. Hubby g botak rambut, saya naik atas amik kasut. Then terus makan. Kemudian, seperti biasa ulang alik ke masjid utk solat. Walaupun hotel kami dekat, tp kami tetap pegi ke masjid lebih awal antara 45 minit ker 1 jam awal bagi mengelakkan solat di perkarangan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....