Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :10 April 2015
Hari ini merupakan hari jumaat. Umrah kali ini kami beruntung kerana dapat rasa solat jumaat di masjid nabawi dan masjidilharam. Syukur ke hadrat ilahi. Pagi selepas sarapan, kami bersiap2 pegi ke masjid utk masuk hijir ismail. Asalnyer nak berdoa sahaja. Kebetullan plak pekerja masjid tgh bersihkan kwsn hijir ismail terus kitorng bertawaf sunat dahulu. Perkara yg tk dpt saya lupakan semasa tawaf sunat ialah melihat seorng anak lelaki mendukung ibunyer sambil membuat tawaf sunat. Menitik air mata saya melihat keperibadian anak tersebut. Selesai tawaf sunat, terus bergerak utk masuk hijir ismail. Ketahuilah bukan senang nak memasuki hijir ismail. Terpaksa berasak2.. bertolak2... tetapi dgn pertolongan Allah kami berjaya masuk jugak. Byk kan baca rabbiyasirwalatho'sir. Kami dpt solat dan berdoa utk hajat di sana. Alhamdulillah. Pukul 9.30 pg kitorng balik ke hotel. Berehat. Kul 10 lebih bergerak ke masjid smula. Walaupun waktu zohor pukul 12.20 tp disebabkan solat jumaat, memang berganda2 org kt masjid. Nak masuk masjid pun berasak. Tp syukur, Allah masih beri kesemptn dan peluang utk kami berada di dalam masjid utk solat jumaat. Syukur yg tidak terhingga.
Comments