Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :11 April 2015

Aktiviti seperti biasa. Berulang alik ke masjidil haram. Hari ini juga merupakan hari terakhir di mekah almukarramah. Sayu rs hati meninggalkan tanah suci ini. ketahuilah sesiapa sahaja yg keluar drpd mekah almukarramah yg perjalanan nyer adalah lebih drpd 90 marhalah diwajibkan tawaf wada'. Kami telah dimaklumkan oleh mutawif pada malam semalam. Antara pantang larang jika telah melakukan tawaf wada' ialah dilarang membeli belah, duduk berehat n tido di bilik dll. Kami lewat skit sarapan pagi ni. Lebih kurng pukul 7.45pg. Selesai sarapan pukul 8 lebih. Hari ni menu lain skit.. ada spegeti. Ada selera skit makan. Kalau tk, tiap2 hari nasi goreng. Selesai sarapan terus naik bilik. Beg yg nak masuk kargo meme sy dh siap2kan sejak smlm. Mutawif maklumkan kene letak di luar bilik dan akan diangkat oleh bell boy hotel. Kami hanya bwk 1 beg hand carry sahaja. Lebih kurng pukul 9.15 pg kami terus ke masjid. Habiskan qatam quran. Alhamdulillah, kami dpt qatam alquran sepanjang berada di tanah suci iaitu madinah dan mekah.


Selesai qatam, terus melakukan tawaf wada' pada pukul 10.20pg. Seperti biasa perjalanan tawaf wada' kami alhamdulillah mudah ajer. Mutawif menganjurkan utk baca doa setiap pusingan seperti yg ada dalam buku panduan umrah. Selesai 7 pusingan adalah lebih kurng pukul 11.10pg. Lakukan solat sunat tawaf. Setiap kali selesai tawaf kite digalakkan  utk melakukan solat sunat tawaf tanpa mengira tawaf sunat, tawaf rukun atau tawaf wada'. Minum air zam2 utk kali terakhir kemudian bergerak balik ke hotel. Kami hanya duduk di lobby sahaja dulu. Kemudian, lebih kurng pukul 11.45pg naik ke bilik utk mandi n bersiap2 solat zohor di bilik. Selesai solat, pukul 12.50 kami turun makan tghri dan naik smula utk amik beg. Mutawif dah maklumkan semua jemaah mesti berkumpul pukul 2 ptg di lobby hotel. Seperti biasa, kami meme menepati masa yg ditetapkan. Lebih kurng pukul 2.30ptg kami semua naik bas dan bergerak ke airport jeddah. Fligt pukul 11.30mlm tp sampai di airport pukul 4.15ptg. Meme bersapau tunggu flight. Solat asar n jamak maghrib isyak di sini. Makan malam adalah bungkus. Oklah. Sbb jemaah ramai. Senang andalusia nak buat urusan check in beg dan sbgainyer. Mutawif maklumkan check in beg secara group so, insyaAllah dr segi luggage lepaslah walaupun saudia hanya membenarkan 30kg setiap org. Kami dijangka sampai di Malaysia pukul 1.00tghri pada 12 april 2015. Tamatlah sudah catatan umrah kami pada kali ini. Alhamdulillah, sume urusan Allah permudahkan. Kesihatan kami pun baik. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sepanjabg hidup kami. Kami memberikan 4 star utk andalusia travel sebagai agen travel umrah kami. Tamat.

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur