Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :Masjid Nabawi

Terletak di Madinah. Pintu masuk masjid akan dikawal oleh penjaga masjid. Diasingkan di antara perempuan dan lelaki. Setiap kali masuk ke masjid, dinasihatkan utk sediakan karung kasut sendri. Penjaga masjid akan buat spotcheck pd beg. Siap2 bukak zip beg bagi mempercepatkan kerja2 spotcheck tersebut. Biasanya  Penjaga masjid tidak membenarkan bawa alatulis, gunting dan botol2 besar. Masuk jer ke masjid akan dihidangkan dgn tong2 air zam2. Sesiapa sahaja boleh minum. Ada air zam2 sejuk dan ada yg tak sejuk. Pilih sahaja. Di dalam masjid nabawi, ada taman2 syurga yg dipanggil sbg raudhah. Raudhah ini merupakan salah satu tmpt yg makbul doa. 

Bagi kaum perempuan, ada dihadkan waktu2 yg blh pergi ke raudhah. Biasanyer selepas solat fardhu. Penjaga masjid akan kelompok2 ikut negara. Biasanyer org asia terdiri drpd malaysia, thailand, indonesia. Selepas itu, tuunggu lah giliran ikut negara. Biasanya org asia akan dpt lambat melainkan kite pandai mencelah. Seeloknyer berpakaian lah seperti org arab. InsyaAllah, senang skit nak masuk raudhah. Walaupun penjaga masjid kelompok2 kan ikut negara, tetapi harus diingt utk memasuki raudhah perlukan  kekuatan fizikal jugak. Kadang kala dirempuh, ditolak dan byk lg. Selalulah baca doa utk mudahkan urusan. Apabila telah dpt memasuki raudhah, buatlah solat 2 rakaat. Kemudian terus berdoa. Jgn lama2 di sana. Kesian org lain yg nak masuk ke raudhah. 

Selain itu juga, masjid nabawi selesa utk bersolat kerana diasingkan perempuan lelaki. Teratur. Di bahagian kanak2 jugak ada dikhaskan. Biasanyer di bhgn blkg sedikit. Semua ibu yg mempunyai anak2 perlu bersolat di ruangan tersebut. Semasa bersolat di masjid nabawi, tiada doa qunut. Azan subuh akan dilaungkan 2 kali. 1 jam sebelum solat subuh utk memanggil org dtg solat dan ketika masuk waktu solat subuh. Jgn keliru. Selain itu, setiap waktu solat fardhu akan ada solat jenazah. Keadaan di masjid nabawi pada ms ini berabuk skit. Ada construction berhampiran masjid nabawi. Tp takleh habuk sgt. Ok jer. Pastu waktu kitorng pegi, cuaca sejuk skit terutama waktu malam.

 

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur