Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 1

Kelahiran anak yang ke-4 pada kali ini merupakan rahmat dan pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Semasa mengandungkan puteri kami ini tidak banyak masalah cumenya anemia sahaja iaitu masalah kepekatan darah merah. Sebenarnya, tiap kali mengandung itulah masalah yang aku hadapi. Tapi kali ini, Doktor menyatakan aku ada simptom talasemia. Ya Allah, apabila mendengarkan perkhabaran itu luluh hati ini. Usaha meng'google' tentang penyakit tersebut banyak dilakukan. Aku perbanyakkan doa kepada Allah supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Setelah ujian demi ujian dilakukan, Doktor mengesahkan aku bebas daripada penyakit talasemia. Punca masalah kepekatan darah merah mungkin kekurangan zat besi sahaja. Alhamdulillah, selesai masalah pertama. Amalan pemakanan yang aku amalkan ialah tidak minum minuman yang mengandungi kofein. Seingat aku, aku tidak pernah menjamah kopi sepanjang aku mengandung.

Pada kandungan berusia 6 bulan, pemeriksaan kesihatan menunjukkan seperti tanda-tanda kencing manis. Sekali lagi, Allah menjadi tempat mengadu. Doktor mengesyorkan aku minum air gula dan amik ujian HBa1C untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Sebelum ujian tersebut dibuat, aku mulalah minum air kosong bergantang-gantang. Air manis hanya minum pada waktu pagi sahaja. Air kosong sebagai peneman ke mana sahaja aku pergi. Cumenyer jika dahaga sangat-sangat baru aku minum air manis.. itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Alhamdulillah, keputusan semua ujian tersebut aku bebas daripada penyakit kencing manis.

Sepanjang aku mengandung, aku mengamalkan pemakanan yang seimbang. Aku elakkan makan makanan ringan, air berkarbonat, minuman yang mengandungi kofein dan lain-lain makanan yang tidak seimbang. Kurangkan makan makanan manis. Pemakanan memang mempengaruhi kandungan kita.  Hakikatnyer, mengandung pada kali ini memang berbeza daripada sebelum-sebelum ini. Antara perbezaan yang ketara ialah :-

1) Aku suka makan makanan manis di awal kehamilan terutama sekali cheesekut. Kerana itulah aku nyaris2 dicop kencing manis.

2) Selera makan kurang.

3) Perut rasa melebar daripada kandungan sebelum ini.

4) Suka tidur mengiring belah kanan. Kalau mengiring belah kiri rs memang tidak selesa

5) Aku suka memasak daripada pergi kerja. Banyak resepi baru yang aku buat dan semuanya menjadi. yeyyyy

6)  Aku suka tidur di waktu rehat (1.00 ptg - 1.45ptg). Biasanya aku tidur waktu ni bile aku bekerja sahaja. kalau duduk di rumah aku tak tidur pun.


Ujian ultrasound di klinik swasta aku lakukan sebanyak 3 kali iaitu di awal kehamilan sebanyak 1 kali dan pertengahan sebanyak 2 kali. Waktu pertengahan kelahiran iaitu di usian kandungan 5 bulan aku melakukan ujian ultrasound di Klinik Pakar Yang di Seremban. Ujian ultrasound menunjukkan yang aku hamil baby perempuan menurut ilmu perubatan Doktor tersebut. Kami tidak mempercayai 100%. Semuanya atas kuasa Allah. Memang aku tidak putus berdoa kepada Allah untuk memiliki anak perempuan yang sihat tubuh badannya dan sempurna anggota badannyer. Itulah doa setiap kali aku selesai solat. Aku percaya hanya kuasa Allah sahaja penentu segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur