Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 2

Tarikh jangkaan aku bersalin oleh doktor ialah pada 16/3/2016. Tarikh sebenar ikut kitaran aku ialah pada 18/3/2016. Pada tarikh 16/3/2016 tiada tanda-tanda untuk bersalin. Aku masih pergi bekerja lagi. Pada 18/3/2016, ibu aku suruh bercuti sahaja. Aku tidak dibenarkan untuk bekerja. Cuti rehat di rumah. Sebenarnya pada 15/3/2016 aku ada appoinmnt doktor. Doktor dah siap buat surat. Jika aku masih belum bersalin jugak sehingga 22/3/2016, Doktor suruh pegi ke hospital terus untuk induce kerana masa telah cukup untuk bersalin. 

Pada 18/3/2016, pagi itu aku sudah rasa sakit-sakit. Sakit tapi boleh ditahan lagi. Tiada apa-apa tanda yang keluar. Aku sempat pegi jalan-jalan cari Aiskrim Magnum. Sakit tetap sakit tapi sakit mcm main-main. sakit sangat lepas tu ok... sakit lagi.... lepas tu ok sampailah ke petang. Waktu petang ke malam tu dah tak sakit. tapi tepat jam 11.00 malam waktu aku nak tido, tetiba sakit yang amat sangat. kiraan aku 10 minit sekali sakit. Aku cube melelapkan mata jugak... tapi tak boleh sbb sakit. Aku tahan sehingga pukul 12.30 pagi. Bila saat aku rs dh tak tahan sakit, aku terus kejut che usop. Aku bagitau die yang aku rs sakit. aku ajak ke hospital. Aku sempat mandi bersihkan diri then baru ke hospital.

Sekararang ini wad bersalin ialah bangunan baru di HTJ. merasalah aku bersalin di wad baru ini. Sampai di HTJ, terus daftar. Doktor cek bukaan baru 2cm then terus masuk wad. lebih kurang pukul 2.40 pagi aku sampai di wad. Memang nampak selesa daripada wad sebelum ini. Aku ingtkan semua aircond tp rupenyer indah khabar dari rupe. kipas ajer... disebabkan katil penuh aku terpaksa tido di katil extent ajer. tak kene kipas langsung. Dahlah duduk di cubicle belakang sekali. hukhukhuk...Memang tidak boleh tido sbb kepanasan dan kesakitan. Sampai pagi aku gelisah dibuatnyer guna kertas untuk dijadikan kipas. Selesa bab bilik air lah.. setiap cubicle ada satu bilik air. dalam 1 cubicle akan diletakkan 4-5 katil. Bilik air memang cukup selesa. Di cubicle aku tu ada 5 orang termasuk aku. 1 org india, 1 org cina dan 3 orang melayu. Redha ajer. Apa yang penting aku nak cepat bersalin. Disebabkan tiada surau di kawasan itu, aku solat di tepi katil sahaja. lagi senang. Aku bentang kain batik.. terus solat. Alhamdulillah sehingga bersalin aku mampu untuk menyelesaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. Syukur atas kekuatan yang Allah kurniakan.

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur