Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 3

Tarikh 19/3/2016 iaitu hari sabtu. Pagi lagi aku dh siap mandi.sebenarnyer sejak masuk wad sampai waktu ni aku tk minum. Air kosong lupe nak bawak. Cawan sume takde. Haus tk leh nak cakap. Dahlah hari panas. Tunggu jer lah sarapan pagi nanti jawabnyer. Sebelum sarapan, Nurse bgtau suruh beratur untuk Doktor buat pemeriksaan bukaan. Doktor check baru 3cm. So, die bgtau kalau dh tak tahan bagitau. Kalau sakit tu blh tahan, tahan jer lah. Sbb untuk masuk ke labour room kene bukaan 4cm. So, aku tunggu jer lah. Sakit tetap sakit tp masih boleh bertahan. Lebih kurang pukul 8 lebih, sarapan sampai. Disediakan Air milo dan mee goreng. Ya Allah, sedapnyer air milo nie. Aku duduk bersantai-santai ajer pada hari ini sambil melayani sakit perut ini. 

Waktu tghri sampai, makanan tghri pulak datang. Aku pinjam cawan hospital sbb nak minum air sejuk punyer pasal. Aku terus ke pantri untuk amik kosong. Sekali lagi, bile air sejuk dilalukan ke tekak, nikmat sungguh rsnyer. hilang dahaga. Dalam pukul 12.30, che usop dtg bwk perkakasan cawan, mangkuk, air. Alhamdulillah. Kesakitan yang aku alami tetap sama tk berubah pun. sakit yang boleh ditahan lagi. Nasib jugaklah cmtu sbb pada hari sabtu tu memenag labour room penuh. Kesian rakan cina di sebelah katilku menahan kesakitan. Die dh 4cm tapi still tk bolh masuk labour room jugak. Doktor suruh tunggu sakit sangat-sangat baru masuk labour room.. hukhukhukhuk...

Menjangkau waktu senja, kesakitan yang aku alami telah bertambah. Sakit yang teramat sgt. Sakit kemudian redha... darah memang dh mula keluar. Aku merasakan yang tiba saat untuk bersalin. Tp aku jangkakan mungkin pagi esoknyer. Malam itu, aku tido-tido ayam walaupun aku dh dapat duduk tempat yang sepatutnyer bawah kipas. Tido dalam kesakitan. Hanya org yg mengalaminyer sahaja tau maksud aku ini. Kepada Allah tempat aku mengadu. Masuk jer waktu solat subuh, aku terus mandi seperti biasa. Mandi pun dalam kesakitan. Semua bende yang aku buat semua dalam kesakitan. Tapi kesakitan ini alhamdulillah mampu aku tahan. Syukur Ya Allah. Setiap pagi subuh, aku akan baca surah yassin dan amalan kendiri 10. Tiap-tiap hari. Alhamdulillah, itulah kekuatan yang aku ada. walaupun aku masih sakit, aku tetap tidak tinggalkan amalan itu. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, Doktor sampai untuk check bukaan sekali lagi. Doktor bagitau dah 4cm dan boleh tolak ke labour room. Nurse suruh aku minum dan makan dulu sebelum ke labour room. Pada ketika ini pun aku masih boleh bertahan lagi. Sakit tetap sakit tapi masih boleh tahan. Macam tak percaya aku dh nak bersalin.



Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur