Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 4
Tepat jam 8 pagi pada tanggal 20/3/2016, aku telah ditolak ke labour room untuk proses kelahiran. Aku dah call che Usop siap-siap. Setiap kali bersalin, che Usop tetap bersama dengan aku di Labour room kecuali anak ke-2 sbb pihak hospital tidak membenarkan suami teman kerana ada kes H1N1. Di bangunan baru Dewan bersalin ini adalah bilik-bilik. Tiada langsir pemisah. So, Kalau jerit pun memang sebelah menyebelah tak dengar pun.
Proses kelahiran bermula di sini. Permulaan Doktor check bukaan dahulu. Doktor check dah 4cm. Doktor terus pecahkan air ketuban. Masuk air. Bile pecah ajer air ketuban, aku dh mula rs sakit yang amat sangat. Sakit yang tidak boleh tahan lagi. Nurse tengok aku mcm kesian. die offer aku ubat tahan sakit sbb die ckp maybe lama lagi aku nak bersalin sbb baru bukaan 4 cm. Aku terima ajer. Selepas sahaja die cucuk ubat tahan sakit, aku terus rasa dh nak bersalin. Rasa nak meneran. Rasa nak terberak.Rasa ada bende besar nak keluar. Cepat-cepat nurse panggil doktor. Aku memang dh tak terthan dah pada ketika ini dan nurse memang tgk aku dh nak bersalin. Tiap putus-putus doa nabi Yunus aku baca. Alhamdulillah, puteri kami lahir dengan selamat pada pukul 9.19pagi. Syukur Ya Allah. Pada ketika nurse, angkat baby, die tanya aku baby boy or girl. Aku mcm ragu2 nak jawab. last sekali aku tgk baby betul2... yey.. baby girl. Alhamdulillah. Allah mendengar permintaan kami suami isteri nak kan anak perempuan. Syukur yang tidak terhingga atas rezeki kurniaan Allah. aku dikenakan 4-5 jahitan sahaja.
Lebih kurang pukul 11.00 tghri aku dh ditolak ke wad. Che Usop ada bersama semasa aku sampai di wad. Aku buat air dan die bawakkan aku makanan. Bermulalah proses berpantang. Pengalaman aku bersalin pada kali ini lebih mudah dibandingkan dengan anak-anakku yang lain. Walaupun seberat 3.49kg, aku merasakan proses bersalin agak mudah. Allah permudahkan urusan aku. Semasa di wad lagi, Che usop dh menyatakan hasratnyer untuk buat kenduri kesyukuran pada hari ke-7. Hari ke-7 ini proses mencukur kepala baby dan ditimbang di kedai emas. Ini memang dh menjadi kebiasan amalan sunat yang kami laksanakan untuk setiap anak kami. Hari ke-7 ini juga dibuatkan Akikah. Kami melaksanakan Akikah menerusi Easy-qurban. Mudah dan senang.
Nama puteri kami memang telah diberi sejak di dalam kandungan. AJWA NUR MAISARAH.
Comments