Travellog Umrah Bersama Baby Ajwa 6 Dec 2016 - 18 Dec 2016 : Masjidilharam

Masjidil haram terletak di Mekah. Masjidil haram ini mempunyai puluhan pintu masuk. Pastikan anda tgk no pintu mana yg masuk bg mengelakkan tidak sesat. Masjid ini tidak diasingkan pintu utk lelaki dan perempuan. Sume blh masuk. Kite akan bercampur lelaki dan perempuan. Cume pada waktu solat akan diasingkan perempuan dan lelaki tetapi tiada tanda pun kawasan perempuan ker lelaki. Jika kite lihat lelaki ramai.. so, blhlah duduk situ jika kite lelaki. Biasanyer kawasan solat lelaki lebih byk drpd perempuan terutama yg berhampiran dgn kaabah. Air zam meme bersepah2 disediakan. Anda kene alert. Ada diantaranyer hanya air minumam bukan air zam zam. Biasa die akan labelkan sama ada air zam zam atau air minuman.



Askar yg mengawal masjidil haram adalah kebanyakkan lelaki. Pakai baju mcm askar. Jika telah menghampiri waktu solat, pintu2 masuk akn ditutup jika sudah penuh dgn jemaah. Biasanyer yg bukak.. pintu yg ada eskalator. Pintu lain diorng tutup dgn tanda 'crowded area'.  Ramai jugak jemaah yg solat di dataran. Sbrnyer kalau ikutkan ada jer kosong bhgn dalam. Kite kene pandai carik. Kalai kite seorng atau dua org meme senang nak selit2. Pasti ada tmpt solat dalam masjid. Kalau guna wheelchair yg susah skit. Dalam masjidil haram ni tkde sportcheck bagai mcm masjid nabawi. Bawaklah apa yg nak bwk. Tu psl kadng dalam masjid kite tgk beg pakaain besar2.. diorgn tido dalam tu. Mungkin tkde tmpt tinggal. Biasa sy tgk org pakistan or org india. Mataf diorng dh bukak. Dh tkde lagi. Yang ada mataf utk kerusi roda ajer. Blhlah kalau nak solat situ jugak. Masih terdapat kerja2 pembinaan lagi di masjidil haram tp tkdelah berhabuk or berdebu. Tambah2 sy pegi pd musim sejuk. nyaman ajer. Meme ada keluar matahari tp tkde lah terik. Biasa2 ajer..kawasan utk tawaf di kawasan bawah pun dh luas.. kire selesa jugak tawaf kt bawah tp kalau org ramai, berhimpit2 jugaklah. Banyakkan berdoa pada Allah semoga dipermudahkan urusan. Ketahui lah semua bahawa tempat saie bukan kwasan masjid. So, seeloknya, bile masuk waktu solat keluarlah dr tmpt saie dan cariklah ruang di dalam masjid utk kite kumpul pahala solat di dalam masjid.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....