Tips di Mekah & Madinah



1. Bwk kelengkapan secukupnya terutama telekung, stokin kaki n stokin tangan.
2. Bg perempuan tlng pakai tudung di dalam telekung bg mengelakkan rambut terkeluar. Ini penting terutama semasa bt tawaf.
3. Pastikan stokin kaki tidak jarang.
4. Tlng pakai stokin tangan semasa tawaf terutama sbb kite akan angkat tangan pd kwsn hajarulaswad dan di rukun yamani.
5. Informasi tmpt wuduk lelaki dan perempuan ada di bhgn bawah. Carik eskalator 'to ismail gate' utk tmpt wuduk lelaki manakala eskalator ' exit to ajyad' utk tmpt wuduk perempuan.
6. Wajib dtg awal ke masjid sekurng2nyer 1 jam sblm azan utk mengelakkan pintu atau laluan ditutup. Ini biasanya di Mekah. Kalau di Madinah tkde masalah, Waktu azan kalau dtg pun, insyaAllah still ada tmpt solat kt dalam masjid lagi.
7. Pastikan selipar dibawa bersama dan letak di rak yg betul. Pembersihan akan kemaskan jika letak bersepah2. Try carik di blkng2. Diorng longgokkan kt situ.
8. Pastikan tarikh yg dipilih adalah bersesuaian terutama utk wanita. Jangan pilih tarikh yg terkena atau hampir dgn tarikh haid anda. Kite bukan pergi melancong. Kite nk beribadat. So, cube elakkan yer tarikh tersebut.
9. Semasa melakukan tawaf, beri laluan kepada kelompok2 yg berantai terutama org pakistan, india dll. Diorng jenis tkmau lepas dgn group diorng. So, kitelah bertimbang-rasa utk elakkan tawaf kite terbatal.
10. Jgn cakap perkara yg bukan2. InsyaAllah akan makbul cthnyer fikirkan selipar hilang. Meme hilanglah selipar tu. Allah biasanyer bagi cash kt tanah suci ni. So, mintklah yg baik2 yer.
11. Biasanyer travel agen akan kasik 5 liter air zam zam jer setiap jemaah. So, kitorng akan bawak masuk dalam 4-5 botol air mineral 500ml tu sbg tambahan. Guna selotap kt penutup tu supaya jgn tercabut pastu balut ngan kain n masuk dalam beg luggage. InsyaAllah selamat.
12. Laluan masuk utk perempuan dan lelaki adalah sama di masjidilharam tp tmpt solat diasingkan jugak tp tk jauhlah. Dekat2 jer. Manakala di Masjid Nabawi meme diasingkan terus pintu masuk lelaki dan perempuan. Masjid nabawi utk perempuan akan ada penjaga masjid utk check beg. So, buka siap2 beg.
13. Air zamzam adalah percuma. Boleh amik ms bila2 masa. Boleh bwk botol utk isi tp jgnlah melampau sgt. Memadai utk kepeluan kite minum. Hakikatnyer meme air zamzam tkkan habis tp kesian org belkng kene tunggu kite isi air zamzam plak. Air zamzam ni ada yg sejuk n ada yg tidak sejuk. Ikutlah tekak memasing yer. Hihihi
14. Jika anda dlm keadaan haid, jgnlah duduk di bilik. Jika di Mekah, boleh terus ke bukit marwah. Berdoa di sana. Safa dan marwah bukanlah masjidilharam. So, dalam keadaan haid org perempuan boleh duduk di situ. Salah satu tmpt yg makbul doa di bukit marwah. Jika di masjid nabawi, duduklah di perkarangan luar masjid. Boleh berzikir sambil menikmati udara dan suasana di masjid nabawi.
15. Jgn terburu-buru dgn pakej umrah. Biasanyer pakej umrah murah sbb hotel di Mekah jauh dan biasanya ditawarkan harga utk duduk 4-5 org satu bilik. Kdng sampai 1km jauh dr hotel ke masjidilharam. Penat jugk nk menapak. Takut ibadah kite pun terganggu sbb penat berjalan bukannyer penat beribadah. So, kene pandai pilih yer.
16. Saya nasihatkan kalau nak suruh org tua pegi umrah, wajiblah ada org muda yg ikut. Kalau boleh, biarlah anak yg ikut skali. Kalau mak yg pegi, anak perempuan kene ikut. Kalau ayah yg pegi, anak lelaki yg ikut. Kesian org tua2 ni. Diorng kene dipimpin oleh org yg terdekat. Tkleh nak harap mutawif jer.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur