Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 :Persediaan

Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan saya utk mengerjakan umrah lagi pada tahun ini. Saya pergi bersama suami. Agensi travel yg kami pilih ialah Glocal Travel di Kuala Lumpur. Kami tau psl glocal ni pun melalui fb. Saje nk try travel agensi sbb murah dan tmpt lawatannyer lain drpd travel agensi yg kami dh pegi. 

Sebelum pegi ni pun dh huru-hara jugk dgn masalah beg dan jadual penerbangan bagai. Beg dan perkakas lain lambat dpt... minggu yg nak terbang baru dpt beg. Psl jadual penerbangan plak, asalnyer kami ke madinah dulu tp last minit tukar sektor oleh pihak MAS AIRLINES, kami terpaksa pegi ke Mekah dulu. Seriusly, pertukaran sektor ni sedikit sebyk mempengaruhi emosi jugk. Tp lama2 tetap redha dan yakin dlm hati yg Allah dah tetapkan perjalanan umrahku ini. Alhamdulillah. 

Sebenar2nya kami suami isteri meme tk ready lg dr segi mental n fizikal. Bayangkan beg2 dan kelengkapan semua kami siapkan malam sebelum berangkat. Kursus umrah meme tk dpt pegi hr tu. Hanya berbekalkan pengalaman lalu sahaja. Tambahan lagi inilah first time kami ke Mekah dulu utk bt umrah.. trip sebelum ni kami ke Madinah dulu. Apapun, kami serahkan dan tawakal kepada Allah semata2. Kami pegi bersama 127 org jemaah. Dipecahkan kepada 3 group. Satu lagi daya tarikan travel ini ialah Dr Sukki sebagai salah seorng mutawif. Kami dpt group 1 bersama owner glocal travel iaitu Dato Idzham. Walaupun begitu, kami tetap berpeluang mendengr tazkirah dan soal jwb bersama Dr Sukki. Penerangan dan pandangan Dr Sukki meme memuaskan hati dan saya rs bertuah dpt bersama dgn beliau. Perwatakannyer lembut termasuk percakapan tp setiap hukum dinyatakan dgn tegas.






Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Aiman ke Kolam Renang Stadium Paroi....