Travellog Umrah 10 November 2018 - 20 November 2018 : 18 Novmber 2018

Hari ini dilakukan ziarah luar madinah dgn menaiki bas. Tmpt-tmpt yg dilawati ialah masjid quba. Fadhilat utk masjid quba ialah barangsiapa berwuduk di rumahnya(hotel) lalu terus ke masjid.quba dan solat suant 2 rakaat, ia menyamai dgn 1 pahala umrah. Sabda nabi s.a.w. hadis sahih. So, rebutlah peliang yg ada selagi ada kesempatan. Masjid quba ni jugak ada tmpt shopping. Hihihi.. jaga-jaga nk beli kurma ajwa kt sana. Meme murah. 3 pack tu 50riyal tp bukan kurma ajwa gred A. Kitorng tk beli. 

Biasanyer kitorng akan beli kurma ajwa dgn mutawif sbb dijamin ketulenannyer. Hihihi. Selesai di masjid quba, kitorng singgah di ladang kurma. Nama jer.ladang kurma tp ada macm2 yg dijual spt kacang, coklat, aprikot, buah tin, jubah dll lagi. Ladang kurma ni byk di Madinah. So, depend pd travel agensi lah nk bawak jemaah ke ladang kurma yg mana.. biasa harga sama jer setiap ladng kurma tu. Selesai semua, kami terus ke jabal uhud. Jabal uhud ni juga adalah tmpt pemakanan para syuhada masa perang uhud termasuklah saidina Hamzah dll. Kt situ jugak ada bukit pemanah. Peristiwa semasa perang uhud. Jabal uhud ni panjang. Tk ingt plak berapa km... tp meme panjanglah. Pastu lebih kurng kul 11 kitorng sampai di hotel. Aktiviti seterusnya adalah free n easy sahaja.




Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur