Salam Ramadhan...

Saya rasa tidak menjadi kejanggalan jika saya mengucapkan salam Ramadhan buat semua walaupun Ramadan telah berlalu selama 11 hari. Kite berada di dalam bulan yang cukup mulia. Sematkan di dada dan hati sanubari untuk mendekatkan diri pada Allah. Saya dapat merasai nikmat Ramadhan ini. Alhamdulillah. Waktu pagi merupakan waktu yang cukup tenang. Peeerasaan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup membuat kite rs sayang untuk meninggalkan waktu pagi tersebut. kalau blh, biarlah sepanjang hari merupakan waktu pagi. Saya dapat merasai kenikmatan waktu pagi dini hanya di bulan Ramadhan sahaja. Jika bulan lain amat berbeza sekali. Syukur, aku masih dapat merasai kenikmatan Ramadhan tahun ini. Diharapkan saya dapat berjumpa Ramadhan akan datang.

Selang beberapa hari menyambut Ramadhan, sedara saya merangkap jiran telah pergi menyahut seruan Ilahi. Saya cuti pada hr tersebut. Saya datang ke rumahnya untuk melihat buat kali terakhir. Umurnyer sudah tua dalam lingkungan 80-an. Sakitnyer kencing manis, darah tinggi, jantung.... Kematian mungkin disebabkan serangan jantung sama seperti abah. Setiap kali org membuka kain putih untuk melihat wajahnyer setiap kali itulah saya merasa sebak. Mengenangkan abah yang telah lama pergi menyahut Ilahi. Saya mengimbas kembali detik abah pergi menyahut seruan Ilahi. pada tahun 2008. Saya baru beberapa bulan dapat keje tetap. Abah merupakan orang yang paling gembira apabila saya dapat keje tetap dahulu. Betapa sebak dada ini. Betapa pilu hati ini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya iringan ayat-ayat Quran kami adik-beradik hadiahkan buat bekalan abah di sana. Kami membaca sepanjang malam tanpa henti2 sehinggalah abah dikemubumikan pada keesokkan harinya. Itulah penghormatan terakhir yang mampu kami semua buat. Diharapkan Abah bahagia di sana. Kami adik beradik sentiasa mendoakan kebahagian abah di sana. Hadiah ayat suci al-q uran dan doa sentiasa kami susuri untuk bekalan abah di sana. Takdir Allah mengatasi segalanya. Saya Redha. Mak Redha dan abang-abang saya juga redha. Telah tertulis ajal maut di tangan tuhan.

Semoga Allah memberikan kenikmatan hidup berpanjangan kepada kita semua. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur