Percutian ke Sabah....... Hari ke-3(8/10/2011)


 Pagi-pagi buta lagi dah bangun. Nak kene breakfast cepat coz hr ni kitorng akan ke Kaki Gunung Kinabalu & Hot Spring. Perjalanan jauh. Lebih kurang 2 jam lebih. Memang tempt perlancongan kat Sabah ni jauh-jauh. So, kitorng breakfast kul 7 pagi. Biasalah Anas takut air. Penat suruh g mandi ngan aiman. Che Usop tolong mandikan diorng. Saya iron baju. So, cepat skitlah keje tu. Kali ni menu pagi tak brapa best. Menu wajib adalah ayam. Tp blhlah telan kat tekak. Tala jer lah. Kang lapar plak. Lepas breakfast tu kitorng naik bilik utk amik beg ngan keperluan lain coz kitorng akan sampai smula di hotel ni pada mlm hari. Pagi pegi, mlm baru balik. Kitorng dijemput oleh bas perlancongan. Mcm biasa. Hanya kitorng jer Rakyat Malaysia dan beragama Islam. Yang lain semua dr oversea. Kebanyakan org dr hong kong, korea, Australia. Tapi kali ni instructor adalah beragama Islam iaitu Che Ijan. Dalam perjalanan tu, Ijan ni bagitau psl tentatif program. Memang speakinglah. Yo lah dalam tue semua bangsa asing. Kitorng tak kisah die nak ckp bahasa apa. Alhamdulillah, kitorng fhm jer.  
  
Destinasi pertama yang kitorng singgah adalah di Pekan Nabalu. Pekan ni byk menjual cenderahati dan jugak tempat untuk tgk Puncak Gunung Kinabalu. Siap ada menara lagi tu. Kitorng berada di situ selama 20 minit jer. Sempatlah Che Yusof bersama anas n aiman bergambar di pemandangan puncak Gunung Kinabalu. Saya plak apa lagi shopping apa yang patut. Perempuan memang tak blh lari dengan shopping. Sempatlah sambar sehelai t-shirt sorang sehelai. Takdelah mahal sgt. Harga standard ler. Kitorng memang tak sempat dah nak shopping. Tu yang saya sambar kat Pekan Nabalu tu. 

Destinasi seterusnya kitorng sampai di Kaki Gunung Kinabalu. Kat sini kitorng pegi Taman Botani. Masuk hutan dengan bwk anas ngan Aiman. Bayangkan bwk budak2 kat dlm hutan. Aiman ngan Anas memang jalan kaki. Semangat sungguh budak-budak tu. Kitorng dibawa oleh Che Ijan beserta dengan penerangan psl tumbuh-tumbuhan tu skali. Memang byk tumbuh-tumbuhan tp kitorng pegi hanya beberapa sahaja. Tak larat nak pegi semua. Tu pun byk jugaklah tumbuh-tumbuhan yang pelik yang tak pernah tgk kat semenanjung cam periuk kera, orkid arnab dll. Lebih kurang 30 minit kat situ. Pastu kitorng naik bas smula untuk ke tempat lain. Tempohlah jugak Kundasang. Memang syoklah kalau tido kat sana. Suasana memang cm kat Cameron Highland. Macam2 sayur-sayuran segar jual kat tepi2 jalan. Kitorng tgk dari dalam bas. Tak singgah pun. 

Destinasi ke-3 adalah di Hot Spring dengan kata lain Kolam Air Panas. Sebelum masuk, kitorng makan di Restoran XXX. Saya tak nak cite panjang-panjang psl restoran ni. Biarlah rahsia kami 4 beranak. Hehehehe. Oklah. Kitorng dibawa masuk ke Kolam Air panas. Sebenarnye dalm kawasan Kolam Air Panas ni ada canopy walk (jambatan gantung). Kitorng nak cubelah jambatan gantung ni jugak.  Tiket semua diuruskan oleh tourism ni. Kitorng pegi jer. Nak naik canopy walk ni memang kene meredah hutan. Jauh jugak. Memula tu ingat saje nak jalan-jalan jer. Takdelah nak g sampai canopy walk. Jalan punyer jalan sambil Che Yusof dukung anas, rupe-rupenyer kitorng dh jauh perjalanan. Tinggal skit jer lagi nak sampai canopy walk. So, teruskan jugaklah. Ramailah yang nak pegi naik canopy walk tu wlaupun kene meredah hutan belantara. Sampai kat tmpt nak naik canopy walk tu ramailah plak. Berhimpit2. Badan dh berpeluh2. Jauh jugak beb. Gilir-gilir ngan che Yusof dukung anas. Aiman memang kuat berjalan. Die steady jer jalan meredah hutan tu. Memang mandapat pujian sungguh. Kitorng jer yang bwk anak. Yang lain semua org dewasa. Bila dh berhimpit-himpit tu anas apa lagi buat ragam. Die nak suh jalan. Dh berpeluh2. Adalah sekumpulan ni bagi kat kitorng jalan dulu kat canopy walk ni. Alhamdulillah, dapat awal. Menyeberang jambatan gantung sambil mendukung anas. Che Yusof plak mendukung Aiman. Memang adventure betul. Kat Semenanjung pun kitorng tak buat cmni. Memang pengalaman yang tidak dpt dilupakan. Panjang jugak jambatan gantung. Jambatan gantung yang terpanjang skali yang pernah kitorng naik. Dah selesai berjaya menghabiskan semua jambatan gantung, kitorng pun meneruskan perjalanan untuk ke check point penghabisan. Saya ingatkan bila dh habis jmbatan gantung, dh tek perlu jalan meredah hutan. Rupenyer sangkaan saya salah sama sekali. Kitorng terpaksa berjalan lagi meredah hutan dengan Che Yusof mendukung anas. Aiman paling kuat berjalan. Masa naik Canopy walk Aiman takut berjalan. Tp bila dh habis tu, die yang paling laju jalan mengalahkan saya sebb nak kejar kolam air panas. Tak lama lepas tu, kitorng pun sampailah tmpt yang mula2 masuk tadi ditunggu oleh Che Ijan(Instructor). Berjaya. Alhamdulillah.

Setelah berpeluh2 badan, Anas tak sabar-sabar nak mandi. Orang memang ramai masa tu. Kolam air panas ni di bahagi kepada 2 tempat. Satu tempat terbuka n satu tempat tertutup(bilik). Instructor tu ada bagitau. Kalau sapa2 nak free blh mandi di tempat terbuka. Kene kongsi kolam ngan orang lain. Tp kalau sapa2 nak mandi tempat tertutup kene bayar sendiri. Satu bilik RM15. So, Che Yusof booking satu bilik. Seronok betul Aiman ngan Anas mandi. Bilik tu takdelah besar sgt. Kecik jer. Ada satu bilik Mandi ngan 1 kolam. Berkubanglah budak 2 org tu. Che Yusof mandi dalam bilik mandi. Saya memang dh spare kan baju mandi ngan baju Che Yusof. So, bermandi-mandianlah diorng sepuas2nyer. Lebih kurang ½ jam lah diorng mandi. Dah selesai semua skali, kitorng pun keluar dr kolam air panas. Memang bas tu tunggu kitorng jer. Orang lain dh naik dh. Kitorng jer lambat. Tp lambat dalam 10 minit jer. Biasalah, diorng bwk budak besar. Kitorng bwk budak kecik.

Penat betul Anas ngan Aiman tp diorng seronok. Saya biasa jer. Perjalanan pulang mengambil masa 2 jam lebih jugak. Singgah sebentar di tempat kebun rafflesia. Kitorng tak turun. Kaki dh sakit beb. Tak larat nak jalan g kebun tu. Ada gak yang turun. Kene bayar. Tak ingt berapa dh. Lebih kurang 15 minit cmtu, kitorng meneruskan perjalanan balik. Semua nampak keletihan. Jalan bengkang-bengkok. Anas ngan Aiman tido. Kitorng sampai hotel lebih kurang kul 9 mlm.
Kitorng naik bilik. Mandi. Hantar beg semua. Then keluar smula untuk makan malam. Kitorng nak carik makanan seafood. Takdelah jauh kedai makan dr hotel. Tp kene jalan kaki jugak. Betis saya memang sakit. Ye lah dh lama tak jalan kaki jauh2 masa naik canopy walk tu. Bahana tul. Perut dh lapar. Terpaksa gagahkan kaki ni jugak. Malam tu kitorng makan Sotong Celup tepung, Udang goreng butter ngan Ikan masak Steam. Ikan Steam memang tak sodap langsung. Bau cm herba cino jer. Memang takde selera langsung. Tekak saya blh terima sotong ngan udang jer. Plan lepas makan nak jalan-jalan kat wisma merdeka. Saje-saje ronda utk kali ke-2. Sekalinyer Anas berak plak. Tak jadilah. Kitorng terus balik hotel. Tido dengan badan yang penat.

Comments

Anonymous said…
x sabar nye nak g sabah tahun depan.. ^__^
myszai said…
seronok..... tp tempat perlancongan nyer memang jauh2. Kitorng rs cm pegi kat oversea bila pegi Sabah. hehehee.

Popular posts from this blog

Cowboy Town at A Famosa, Melaka

Kenduri Tahlil ,Kenduri Lenggang Perut dan Kenduri Kahwin - Cuti CNY

Jalan-jalan ke Zoo Negara Kuala Lumpur