Percutian ke Sabah....... Hari ke-3(8/10/2011)
Pagi-pagi buta lagi dah bangun.
Nak kene breakfast cepat coz hr ni kitorng akan ke Kaki Gunung Kinabalu &
Hot Spring. Perjalanan jauh. Lebih kurang 2 jam lebih. Memang tempt
perlancongan kat Sabah ni jauh-jauh. So, kitorng breakfast kul 7 pagi. Biasalah
Anas takut air. Penat suruh g mandi ngan aiman. Che Usop tolong mandikan
diorng. Saya iron baju. So, cepat skitlah keje tu. Kali ni menu pagi tak brapa
best. Menu wajib adalah ayam. Tp blhlah telan kat tekak. Tala jer lah. Kang
lapar plak. Lepas breakfast tu kitorng naik bilik utk amik beg ngan keperluan
lain coz kitorng akan sampai smula di hotel ni pada mlm hari. Pagi pegi, mlm
baru balik. Kitorng dijemput oleh bas perlancongan. Mcm biasa. Hanya kitorng
jer Rakyat Malaysia dan beragama Islam. Yang lain semua dr oversea. Kebanyakan
org dr hong kong, korea, Australia. Tapi kali ni instructor adalah beragama Islam
iaitu Che Ijan. Dalam perjalanan tu, Ijan ni bagitau psl tentatif program.
Memang speakinglah. Yo lah dalam tue semua bangsa asing. Kitorng tak kisah die
nak ckp bahasa apa. Alhamdulillah, kitorng fhm jer.
Destinasi pertama yang kitorng
singgah adalah di Pekan Nabalu. Pekan ni byk menjual cenderahati dan jugak
tempat untuk tgk Puncak Gunung Kinabalu. Siap ada menara lagi tu. Kitorng
berada di situ selama 20 minit jer. Sempatlah Che Yusof bersama anas n aiman
bergambar di pemandangan puncak Gunung Kinabalu. Saya plak apa lagi shopping
apa yang patut. Perempuan memang tak blh lari dengan shopping. Sempatlah sambar
sehelai t-shirt sorang sehelai. Takdelah mahal sgt. Harga standard ler. Kitorng
memang tak sempat dah nak shopping. Tu yang saya sambar kat Pekan Nabalu tu.
Destinasi seterusnya kitorng
sampai di Kaki Gunung Kinabalu. Kat sini kitorng pegi Taman Botani. Masuk hutan
dengan bwk anas ngan Aiman. Bayangkan bwk budak2 kat dlm hutan. Aiman ngan Anas
memang jalan kaki. Semangat sungguh budak-budak tu. Kitorng dibawa oleh Che
Ijan beserta dengan penerangan psl tumbuh-tumbuhan tu skali. Memang byk
tumbuh-tumbuhan tp kitorng pegi hanya beberapa sahaja. Tak larat nak pegi
semua. Tu pun byk jugaklah tumbuh-tumbuhan yang pelik yang tak pernah tgk kat
semenanjung cam periuk kera, orkid arnab dll. Lebih kurang 30 minit kat situ.
Pastu kitorng naik bas smula untuk ke tempat lain. Tempohlah jugak Kundasang.
Memang syoklah kalau tido kat sana. Suasana memang cm kat Cameron Highland.
Macam2 sayur-sayuran segar jual kat tepi2 jalan. Kitorng tgk dari dalam bas.
Tak singgah pun.
Destinasi ke-3 adalah di Hot
Spring dengan kata lain Kolam Air Panas. Sebelum masuk, kitorng makan di
Restoran XXX. Saya tak nak cite panjang-panjang psl restoran ni. Biarlah rahsia
kami 4 beranak. Hehehehe. Oklah. Kitorng dibawa masuk ke Kolam Air panas.
Sebenarnye dalm kawasan Kolam Air Panas ni ada canopy walk (jambatan gantung).
Kitorng nak cubelah jambatan gantung ni jugak. Tiket semua diuruskan oleh tourism ni. Kitorng
pegi jer. Nak naik canopy walk ni memang kene meredah hutan. Jauh jugak. Memula
tu ingat saje nak jalan-jalan jer. Takdelah nak g sampai canopy walk. Jalan
punyer jalan sambil Che Yusof dukung anas, rupe-rupenyer kitorng dh jauh
perjalanan. Tinggal skit jer lagi nak sampai canopy walk. So, teruskan
jugaklah. Ramailah yang nak pegi naik canopy walk tu wlaupun kene meredah hutan
belantara. Sampai kat tmpt nak naik canopy walk tu ramailah plak. Berhimpit2.
Badan dh berpeluh2. Jauh jugak beb. Gilir-gilir ngan che Yusof dukung anas.
Aiman memang kuat berjalan. Die steady jer jalan meredah hutan tu. Memang
mandapat pujian sungguh. Kitorng jer yang bwk anak. Yang lain semua org dewasa.
Bila dh berhimpit-himpit tu anas apa lagi buat ragam. Die nak suh jalan. Dh
berpeluh2. Adalah sekumpulan ni bagi kat kitorng jalan dulu kat canopy walk ni.
Alhamdulillah, dapat awal. Menyeberang jambatan gantung sambil mendukung anas.
Che Yusof plak mendukung Aiman. Memang adventure betul. Kat Semenanjung pun
kitorng tak buat cmni. Memang pengalaman yang tidak dpt dilupakan. Panjang
jugak jambatan gantung. Jambatan gantung yang terpanjang skali yang pernah
kitorng naik. Dah selesai berjaya menghabiskan semua jambatan gantung, kitorng
pun meneruskan perjalanan untuk ke check point penghabisan. Saya ingatkan bila
dh habis jmbatan gantung, dh tek perlu jalan meredah hutan. Rupenyer sangkaan
saya salah sama sekali. Kitorng terpaksa berjalan lagi meredah hutan dengan Che
Yusof mendukung anas. Aiman paling kuat berjalan. Masa naik Canopy walk Aiman
takut berjalan. Tp bila dh habis tu, die yang paling laju jalan mengalahkan
saya sebb nak kejar kolam air panas. Tak lama lepas tu, kitorng pun sampailah
tmpt yang mula2 masuk tadi ditunggu oleh Che Ijan(Instructor). Berjaya.
Alhamdulillah.
Setelah berpeluh2 badan, Anas tak
sabar-sabar nak mandi. Orang memang ramai masa tu. Kolam air panas ni di bahagi
kepada 2 tempat. Satu tempat terbuka n satu tempat tertutup(bilik). Instructor
tu ada bagitau. Kalau sapa2 nak free blh mandi di tempat terbuka. Kene kongsi
kolam ngan orang lain. Tp kalau sapa2 nak mandi tempat tertutup kene bayar
sendiri. Satu bilik RM15. So, Che Yusof booking satu bilik. Seronok betul Aiman
ngan Anas mandi. Bilik tu takdelah besar sgt. Kecik jer. Ada satu bilik Mandi
ngan 1 kolam. Berkubanglah budak 2 org tu. Che Yusof mandi dalam bilik mandi.
Saya memang dh spare kan baju mandi ngan baju Che Yusof. So,
bermandi-mandianlah diorng sepuas2nyer. Lebih kurang ½ jam lah diorng mandi.
Dah selesai semua skali, kitorng pun keluar dr kolam air panas. Memang bas tu
tunggu kitorng jer. Orang lain dh naik dh. Kitorng jer lambat. Tp lambat dalam
10 minit jer. Biasalah, diorng bwk budak besar. Kitorng bwk budak kecik.
Penat betul Anas ngan Aiman tp
diorng seronok. Saya biasa jer. Perjalanan pulang mengambil masa 2 jam lebih
jugak. Singgah sebentar di tempat kebun rafflesia. Kitorng tak turun. Kaki dh
sakit beb. Tak larat nak jalan g kebun tu. Ada gak yang turun. Kene bayar. Tak
ingt berapa dh. Lebih kurang 15 minit cmtu, kitorng meneruskan perjalanan
balik. Semua nampak keletihan. Jalan bengkang-bengkok. Anas ngan Aiman tido.
Kitorng sampai hotel lebih kurang kul 9 mlm.
Kitorng naik bilik. Mandi. Hantar
beg semua. Then keluar smula untuk makan malam. Kitorng nak carik makanan
seafood. Takdelah jauh kedai makan dr hotel. Tp kene jalan kaki jugak. Betis
saya memang sakit. Ye lah dh lama tak jalan kaki jauh2 masa naik canopy walk
tu. Bahana tul. Perut dh lapar. Terpaksa gagahkan kaki ni jugak. Malam tu
kitorng makan Sotong Celup tepung, Udang goreng butter ngan Ikan masak Steam.
Ikan Steam memang tak sodap langsung. Bau cm herba cino jer. Memang takde
selera langsung. Tekak saya blh terima sotong ngan udang jer. Plan lepas makan
nak jalan-jalan kat wisma merdeka. Saje-saje ronda utk kali ke-2. Sekalinyer
Anas berak plak. Tak jadilah. Kitorng terus balik hotel. Tido dengan badan yang
penat.
Comments