Posts

Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 4

Tepat jam 8 pagi pada tanggal 20/3/2016, aku telah ditolak ke labour room untuk proses kelahiran. Aku dah call che Usop siap-siap. Setiap kali bersalin, che Usop tetap bersama dengan aku di Labour room kecuali anak ke-2 sbb pihak hospital tidak membenarkan suami teman kerana ada kes H1N1. Di bangunan baru Dewan bersalin ini adalah bilik-bilik. Tiada langsir pemisah. So, Kalau jerit pun memang sebelah menyebelah tak dengar pun.  Proses kelahiran bermula di sini. Permulaan Doktor check bukaan dahulu. Doktor check dah 4cm. Doktor terus pecahkan air ketuban. Masuk air. Bile pecah ajer air ketuban, aku dh mula rs sakit yang amat sangat. Sakit yang tidak boleh tahan lagi. Nurse tengok aku mcm kesian. die offer aku ubat tahan sakit sbb die ckp maybe lama lagi aku nak bersalin sbb baru bukaan 4 cm. Aku terima ajer. Selepas sahaja die cucuk ubat tahan sakit, aku terus rasa dh nak bersalin. Rasa nak meneran. Rasa nak terberak.Rasa ada bende besar nak keluar. Cepat-cepat nurse panggil do...

Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 3

Tarikh 19/3/2016 iaitu hari sabtu. Pagi lagi aku dh siap mandi.sebenarnyer sejak masuk wad sampai waktu ni aku tk minum. Air kosong lupe nak bawak. Cawan sume takde. Haus tk leh nak cakap. Dahlah hari panas. Tunggu jer lah sarapan pagi nanti jawabnyer. Sebelum sarapan, Nurse bgtau suruh beratur untuk Doktor buat pemeriksaan bukaan. Doktor check baru 3cm. So, die bgtau kalau dh tak tahan bagitau. Kalau sakit tu blh tahan, tahan jer lah. Sbb untuk masuk ke labour room kene bukaan 4cm. So, aku tunggu jer lah. Sakit tetap sakit tp masih boleh bertahan. Lebih kurang pukul 8 lebih, sarapan sampai. Disediakan Air milo dan mee goreng. Ya Allah, sedapnyer air milo nie. Aku duduk bersantai-santai ajer pada hari ini sambil melayani sakit perut ini.  Waktu tghri sampai, makanan tghri pulak datang. Aku pinjam cawan hospital sbb nak minum air sejuk punyer pasal. Aku terus ke pantri untuk amik kosong. Sekali lagi, bile air sejuk dilalukan ke tekak, nikmat sungguh rsnyer. hilang dahaga. Dalam...

Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 2

Tarikh jangkaan aku bersalin oleh doktor ialah pada 16/3/2016. Tarikh sebenar ikut kitaran aku ialah pada 18/3/2016. Pada tarikh 16/3/2016 tiada tanda-tanda untuk bersalin. Aku masih pergi bekerja lagi. Pada 18/3/2016, ibu aku suruh bercuti sahaja. Aku tidak dibenarkan untuk bekerja. Cuti rehat di rumah. Sebenarnya pada 15/3/2016 aku ada appoinmnt doktor. Doktor dah siap buat surat. Jika aku masih belum bersalin jugak sehingga 22/3/2016, Doktor suruh pegi ke hospital terus untuk induce kerana masa telah cukup untuk bersalin.  Pada 18/3/2016, pagi itu aku sudah rasa sakit-sakit. Sakit tapi boleh ditahan lagi. Tiada apa-apa tanda yang keluar. Aku sempat pegi jalan-jalan cari Aiskrim Magnum. Sakit tetap sakit tapi sakit mcm main-main. sakit sangat lepas tu ok... sakit lagi.... lepas tu ok sampailah ke petang. Waktu petang ke malam tu dah tak sakit. tapi tepat jam 11.00 malam waktu aku nak tido, tetiba sakit yang amat sangat. kiraan aku 10 minit sekali sakit. Aku cube melelapkan m...

Kelahiran Puteri di dalam Keluarga Mohd Yusof Part 1

Kelahiran anak yang ke-4 pada kali ini merupakan rahmat dan pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Semasa mengandungkan puteri kami ini tidak banyak masalah cumenya anemia sahaja iaitu masalah kepekatan darah merah. Sebenarnya, tiap kali mengandung itulah masalah yang aku hadapi. Tapi kali ini, Doktor menyatakan aku ada simptom talasemia. Ya Allah, apabila mendengarkan perkhabaran itu luluh hati ini. Usaha meng'google' tentang penyakit tersebut banyak dilakukan. Aku perbanyakkan doa kepada Allah supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Setelah ujian demi ujian dilakukan, Doktor mengesahkan aku bebas daripada penyakit talasemia. Punca masalah kepekatan darah merah mungkin kekurangan zat besi sahaja. Alhamdulillah, selesai masalah pertama. Amalan pemakanan yang aku amalkan ialah tidak minum minuman yang mengandungi kofein. Seingat aku, aku tidak pernah menjamah kopi sepanjang aku mengandung. Pada kandungan berusia 6 bulan, pemeriksaan kesihatan menunjukkan seperti...

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :Masjid Nabawi

Terletak di Madinah. Pintu masuk masjid akan dikawal oleh penjaga masjid. Diasingkan di antara perempuan dan lelaki. Setiap kali masuk ke masjid, dinasihatkan utk sediakan karung kasut sendri. Penjaga masjid akan buat spotcheck pd beg. Siap2 bukak zip beg bagi mempercepatkan kerja2 spotcheck tersebut. Biasanya  Penjaga masjid tidak membenarkan bawa alatulis, gunting dan botol2 besar. Masuk jer ke masjid akan dihidangkan dgn tong2 air zam2. Sesiapa sahaja boleh minum. Ada air zam2 sejuk dan ada yg tak sejuk. Pilih sahaja. Di dalam masjid nabawi, ada taman2 syurga yg dipanggil sbg raudhah. Raudhah ini merupakan salah satu tmpt yg makbul doa.  Bagi kaum perempuan, ada dihadkan waktu2 yg blh pergi ke raudhah. Biasanyer selepas solat fardhu. Penjaga masjid akan kelompok2 ikut negara. Biasanyer org asia terdiri drpd malaysia, thailand, indonesia. Selepas itu, tuunggu lah giliran ikut negara. Biasanya org asia akan dpt lambat melainkan kite pandai mencelah. Seeloknyer berpakaian l...

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :11 April 2015

Aktiviti seperti biasa. Berulang alik ke masjidil haram. Hari ini juga merupakan hari terakhir di mekah almukarramah. Sayu rs hati meninggalkan tanah suci ini. ketahuilah sesiapa sahaja yg keluar drpd mekah almukarramah yg perjalanan nyer adalah lebih drpd 90 marhalah diwajibkan tawaf wada'. Kami telah dimaklumkan oleh mutawif pada malam semalam. Antara pantang larang jika telah melakukan tawaf wada' ialah dilarang membeli belah, duduk berehat n tido di bilik dll. Kami lewat skit sarapan pagi ni. Lebih kurng pukul 7.45pg. Selesai sarapan pukul 8 lebih. Hari ni menu lain skit.. ada spegeti. Ada selera skit makan. Kalau tk, tiap2 hari nasi goreng. Selesai sarapan terus naik bilik. Beg yg nak masuk kargo meme sy dh siap2kan sejak smlm. Mutawif maklumkan kene letak di luar bilik dan akan diangkat oleh bell boy hotel. Kami hanya bwk 1 beg hand carry sahaja. Lebih kurng pukul 9.15 pg kami terus ke masjid. Habiskan qatam quran. Alhamdulillah, kami dpt qatam alquran sepanjang berada d...

Travellog umrah 1 April - 12 April 2015 :10 April 2015

Hari ini merupakan hari jumaat. Umrah kali ini kami beruntung kerana dapat rasa solat jumaat di masjid nabawi dan masjidilharam. Syukur ke hadrat ilahi. Pagi selepas sarapan, kami bersiap2 pegi ke masjid utk masuk hijir ismail. Asalnyer nak berdoa sahaja. Kebetullan plak pekerja masjid tgh bersihkan kwsn hijir ismail terus kitorng bertawaf sunat dahulu. Perkara yg tk dpt saya lupakan semasa tawaf sunat ialah melihat seorng anak lelaki mendukung ibunyer sambil membuat tawaf sunat. Menitik air mata saya melihat keperibadian anak tersebut. Selesai tawaf sunat, terus bergerak utk masuk hijir ismail. Ketahuilah bukan senang nak memasuki hijir ismail. Terpaksa berasak2.. bertolak2... tetapi dgn pertolongan Allah kami berjaya masuk jugak. Byk kan baca rabbiyasirwalatho'sir. Kami dpt solat dan berdoa utk hajat di sana. Alhamdulillah. Pukul 9.30 pg kitorng balik ke hotel. Berehat. Kul 10 lebih bergerak ke masjid smula. Walaupun waktu zohor pukul 12.20 tp disebabkan solat jumaat, memang ber...